Soalan Lazim Pentadbiran Pusaka

Berikut merupakan Soalan Lazim Pentadbiran Pusaka

1. Bilakah waktu yang sesuai untuk membuat permohonan pentadbiran harta pusaka simati?Permohonan boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kematian simati.

Walaubagaimanapun, dinasihatkan permohonan dibuat dengan segera atau sekurang-kurangnya dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh kematian simati.
Ini bagi mengelakkan berlakunya kemungkinan kematian berlapis atau risiko kehilangan dokumen penting yang akan merumitkan lagi urusan permohonan dan/atau pentadbiran harta pusaka simati.

2. Siapakah yang boleh membuat permohonan pentadbiran harta pusaka di AmanahRaya?

Waris simati atau mana-mana pihak yang berkepentingan boleh membuat permohonan pentadbiran pusaka simati di AmanahRaya.

Soalan Lazim Pentadbiran Pusaka

3. Perlukah semua waris hadir semasa membuat permohonan?

Tidak perlu. Hanya pihak yang memohon perlu hadir di AmanahRaya samada di ibu pejabat atau mana-mana cawangan AmanahRaya bagi mengisi borang permohonan dan mengemukakannya berserta dokumen sokongan kepada AmanahRaya untuk tindakan susulan.
Borang permohonan dan senarai dokumen sokongan yang diperlukan boleh dimuat turun daripada laman web rasmi AmanahRaya di www.amanahraya.my

Berapa lama proses pentadbiran pusaka yang dibuat di AmanahRaya?

Jika harta pusaka hanyalah harta alih sahaja, ianya dijangka akan mengambil masa 4 hingga 6 bulan. Jika ianya melibatkan harta tak alih, dijangkakan akan mengambil masa 12 bulan (setahun).
Perlu diingatkan bahawa tempoh masa pemprosesan ini juga bergantung kepada maklum balas dan kerjasama daripada waris dan pihak ketiga yang berurusan dengan Amanah Raya.

Berapakah fi Pentadbiran Pusaka?

Struktur Fi Pentadbiran Pusaka

5%bagi RM25,000 yang pertama
4%bagi baki yang berikutnya sehingga RM225,000
3%bagi baki yang berikutnya sehingga RM225,000
2%bagi baki yang berikutnya sehingga RM500,000
1%bagi baki selebihnya

Contoh pengiraan fi bagi Pentadbiran Pusaka bernilai RM1,000,000

PeratusanButiranRMCatatan
5%Bagi RM25,000 yang pertama1,250(RM25,000 x 5%)
4%Bagi baki yang berikutnya sehingga RM225,0009,000(RM225,000 x 4%)
3%Bagi baki yang berikutnya sehingga RM250,0007,500(RM250,000 x 3%)
2%Bagi baki yang berikutnya sehingga RM500,00010,000(RM500,000 x 2%)
1%Bagi baki selebihnya0
JUMLAH FI (RM)27,750

Mengapa Amanah Raya perlu mengenakan caj fi sedangkan itu adalah duit waris?

Fi yang dikenakan oleh Amanah Raya adalah untuk kerja –kerja yang dijalankan oleh Amanah Raya sebagai pentadbir kepada harta pusaka simati yang melibatkan tugas-tugas pendaftaran aset dan waris-waris, penyiasatan aset dan waris, pengesahan aset dan liabiliti, penghasilan aset-aset, penyelesaian hutang dan liabiliti dan pembahagian harta pusaka kepada waris-waris.
Fi yang dikenakan adalah dibenarkan oleh undang-undang di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

Sekiranya waris tidak membayar fi dan kos yang dikenakan, apakah yang akan berlaku?

Sekiranya tiada aset pusaka berbentuk tunai/duit dan waris enggan/gagal membayar fi dan/atau kos tersebut, fail pentadbiran pusaka akan ditutup dan tiada sebarang pentadbiran ke atas harta pusaka tersebut akan dilakukan sehinggalah fi pentadbiran dan kos-kos berkaitan diselesaikan.

Mengapa Sijil Faraid diperlukan di dalam pentadbiran harta pusaka?

Sijil Faraid memainkan peranan yang penting bagi menentukan siapakah yang layak mendapat pusaka simati serta bahagian yang layak diterima.

Siapakah yang boleh mewarisi Harta Pusaka simati?

Penentuan waris-waris akan dilakukan selepas simati meninggal dunia.

Sekiranya simati adalah seorang Islam, waris-waris yang berhak ialah sebagaimana ditetapkan di bawah Faraid seperti bapa, ibu, isteri, suami, anak lelaki, anak perempuan, cucu lelaki, cucu perempuan dan sebagainya.

Bagi simati yang bukan beragama Islam, waris-waris yang berhak adalah sebagaimana dinyatakan di bawah Akta Pembahagian 1958 iaitu seperti ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak dan zuriat / keturunan (issues) dan selainnya.

Sekiranya waris-waris bersetuju untuk membuat pembahagian harta secara sama rata, bolehkah Sijil Faraid dikecualikan?

Sijil Faraid boleh dikecualikan sekiranya jumlah keseluruhan harta pusaka yang terdiri daripada harta alih sahaja adalah kurang dari RM100,000.00 dengan 1 lapisan waris sahaja.
Sekiranya jumlah harta pusaka adalah melebihi RM100,000.00 dan/atau terdiri dari harta tak alih maka Sijil Faraid adalah mandatori.

Mengapa apabila dirujuk dengan bank berkaitan harta pusaka, bank akan selalu meminta untuk merujuk kepada AmanahRaya?

Apakah kaitan AmanahRaya dalam urusan harta pusaka simati?AmanahRaya merupakan salah satu pihak yang mempunyai bidang kuasa dalam mengeluarkan surat kuasa dan mengendalikan pembahagian harta pusaka. Pada amnya, pihak bank memerlukan surat kuasa iaitu Surat Akuan atau Arahan daripada AmanahRaya sebelum pembayaran dapat dilakukan samada secara terus kepada waris atau kepada AmanahRaya sebagai pentadbir kepada harta pusaka.

Dari manakah waris boleh mendapatkan surat kuasa mentadbir?

Di Malaysia, terdapat 3 institusi yang mempunyai kuasa mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir iaitu Amanah Raya, Seksyen Pembahagian Pusaka Kecil Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian dan Mahkamah Tinggi Sivil. Ketiga-tiga institusi mempunyai bidangkuasa pengeluaran surat kuasa seperti berikut :-

Amanah Raya BerhadHarta Pusaka meliputi Harta Alih bernilai tidak melebihi RM600,000.00.
Seksyen Pembahagian PusakaHarta Pusaka meliputi Harta Alih dan Harta Tak Alih bernilai tidak melebihi RM2,000,000.00
Mahkamah TinggiHarta Pusaka meliputi Harta Alih dan Harta Tak Alih bernilai melebihi RM2,000,000.00

Walaubagaimanapun, waris boleh melantik AmanahRaya sebagai Pentadbir bagi apa jua jenis dan nilai aset dan AmanahRaya akan menguruskannya sehingga selesai pentadbiran.

Bagaimana pentadbiran bagi aset rumah/tanah yang masih berhutang/digadaikan ditadbir?

Memandangkan simati masih berhutang dengan pihak bank, maka proses pindahmilik aset rumah/tanah kepada waris tidak boleh dilakukan melainkan hutang tersebut diselesaikan.
Setelah Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan, pentadbir akan menyelesaikan baki hutang terlebih dahulu melalui aset pusaka simati yang lain yang mempunyai nilai untuk membayar hutang tersebut. Sekiranya hutang/pinjaman ke atas aset tersebut dilindungi oleh Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA)/Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT), maka ianya akan digunakan untuk menyelesaikan hutang tersebut tertakluk kepada jumlah perlindungan yang diberikan.

Sekiranya, aset simati/MRTA/MRTT tidak mencukupi untuk menyelesaikan keseluruhan hutang tersebut, pemiutang/pemegang gadaian mempunyai hak untuk menghalang tebus (foreclose) / melelong aset tersebut.
Hasil lelongan setelah ditolak jumlah terhutang simati (jika ada) akan diserahkan kepada Pentadbir untuk dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

sumber lengkap dari website Amanah Raya https://amanahraya.my/staging/ms/pentadbiran-pusaka/soalan-lazim-pusaka/#wrap

1

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Soalan Lazim Pentadbiran Pusaka

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin