Mengenal Pasti 5 Cabaran Dalam Perwarisan Perniagaan

Apa itu Perwarisan Perniagaan

Perwarisan Perniagaan adalah satu perancangan pengurusan saham syarikat mengenai siapa yang akan mengambil alih perniagaan anda setelah bersara, kematian atau tidak berkemampuan meneruskan perniagaan. Ramai usahawan yang berniaga khususnya tidak ambil berat kepentingan merancang perwarisan perniagaan ini.

Perwarisan perniagaan adalah proses di mana pemilik saham memindahkan hakmilik dan kawalan ke atas perniagaan kepada generasi seterusnya.

5 Cabaran Dalam Perwarisan Perniagaan

Walaupun perwarisan perniagaan dapat memberikan kestabilan dan kesinambungan perniagaan, ia juga boleh menimbulkan beberapa cabaran yang besar. Berikut adalah beberapa cabaran yang mungkin dihadapi dalam perwarisan perniagaan:

Masalah pembahagian harta pusaka:

Pembahagian harta pusaka yang tidak saksama boleh menimbulkan konflik dalam kalangan ahli keluarga dan mewujudkan kesukaran dalam menguruskan perniagaan.

Ketidakseimbangan keupayaan dan kecenderungan:

Pemilik sedia ada mungkin mempunyai halatuju, aspiration, keupayaan dan kecenderungan yang berbeza daripada anak-anaknya.

Generasi seterusnya mungkin tidak mempunyai keupayaan, minat dan kecenderungan yang sama, dan ini boleh menyebabkan kesulitan dalam memindah milik nilai perniagaan dan kebolehan.

Kurang persediaan:

Pemilik sedia ada mungkin tidak mengambil langkah-langkah yang mencukupi untuk mempersiapkan generasi seterusnya untuk mengambil alih perniagaan, termasuk memberi latihan dan pengalaman yang diperlukan.

Kurangnya kewangan:

Proses perwarisan perniagaan kemungkinan memerlukan banyak kos, terutamanya jika pemilik sedia ada ingin memastikan perniagaan berjaya di bawah generasi seterusnya.

Ini boleh menyebabkan kesukaran dalam memperoleh sumber kewangan yang mencukupi. Di sini perlunya ada konsultan yang menunjukkan bagaimana kos ini boleh di rendahkan sehingga 95% dan tidak membebankan generasi berikutnya.

.

Koleksi Video Perwarisan Perniagaan

https://www.youtube.com/playlist?list=PLevU5sXmQh9eVmEvV9opLsx15bea1SLSw

.

Ketidakstabilan dan ketidakpastian:

Perwarisan perniagaan boleh menyebabkan ketidakstabilan dan ketidakpastian dalam perniagaan, terutamanya jika generasi seterusnya memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan peran dan tanggungjawab baru mereka.

Untuk mengatasi cabaran dalam perwarisan perniagaan, pemilik sedia ada harus memulakan persiapan dan mula memikirkan strategi yang sesuai di gunakan oleh anak-anaknya atau waris.

Mereka juga boleh mendapatkan nasihat dari profesional penasihat perwarisan perniagaan untuk membantu mereka menguruskan proses perwarisan dengan lancar dan efektif.

Terima kasih kerana membaca artikel Mengenal Pasti 5 Cabaran Dalam Perwarisan Perniagaan

Info lanjut
www.perwarisanperniagaan.com

0

.

DAFTAR TAKLIMAT PERCUMA

.

Jika anda perlukan khidmat nasihat Perwarisan Perniagaan, sila tinggalkan info anda di bawah artikel – Mengenal Pasti 5 Cabaran Dalam Perwarisan Perniagaan

.

This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Mengenal Pasti 5 Cabaran Dalam Perwarisan Perniagaan

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin