...

7 Tips – Cara Terbaik Simpan Duit Ribuan Ringgit pada tahun 2024

Nak tahu Cara Terbaik Simpan Duit Ribuan Ringgit pada tahun 2024. Ini 7 Cara

Rancang kerana sayang.Cara Terbaik Simpan Duit pada tahun 2024

Artikel kali ini saya kongsikan Cara Terbaik Simpan Duit. Ramai usahawan zaman sekarang susah untuk menyimpan duit selepas mendapat gaji.

money-growth - perwarisan_perniagaan
money-growth – perwarisan_perniagaan

Pengurusan kewangan memang langsung tiada ilmu dan sentiasa bersikap boros.

Sikap seperti ini amat dikhuatiri kerana wang yang anda dapat hasil dari perniagaan seharusnya disimpan untuk masa hadapan. Bukannya berbelanja tak ingat dunia.

Jika tiada wang simpanan di awal usia perniagaan, pernah terfikir apa yang akan terjadi jika keluarga anda jatuh sakit dan memerlukan wang untuk merawat?

Siapa yang akan bantu keluarga ketika itu kalau bukan anda?

Oleh itu, anda boleh gunakan formula di bawah yang disediakan oleh seorang pengguna Facebook iaitu Mohd Ibrahim Bin Abu Bakar tentang Cara Terbaik Simpan Duit ribuan ringgit walaupun gaji ‘ciput’.

Anda boleh follow beliau di sini

Cara Terbaik Simpan Duit

Tip 1: Dapat sahaja gaji, terus asingkan untuk simpanan dan baru guna untuk berbelanja

Apabila dapat gaji, asingkan siap-siap untuk simpanan, perbelanjaan, perlindungan, pelaburan dan penyucian.

Duit yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pula, gunakan dengan cermat agar tidak berlebih-lebihan.

Jika duit perbelanjaan ada lebih, boleh ditambah ke dalam tabung simpanan supaya simpanan dapat bertambah dengan lebih cepat.

Bagaimana nak pastikan duit perbelanjaan ada lebihan?

Di sinilah pentingnya mengamalkan cara jimat belanja yang betul.

Bila anda harus asingkan untuk Simpan Duit Ribuan Ringgit ? Ikuti formula cara terbaik simpan duit di bawah:

Awal sekali 10% – Simpanan
Seterusnya 10% – Takaful
10% – Emergency fund
70% – Belanja

Simpanan biar 10% atau lebih, jangan sesekali kurangkan. Manakala, jika anda ingin berbelanja pastikan biar maksimum sebanyak 70%.

Kalau boleh kurangkan menjadi 50%-60% sebenarnya lebih baik.

Tip 2: Simpan duit di tempat yang susah untuk anda keluarkan

Sebenarnya taktik ini sangat berguna lebih-lebih lagi untuk anda yang jenis boros. Paling baik mula Simpan Duit Ribuan Ringgit di tempat yang tak boleh guna kad untuk keluarkan duit.

Contohnya, Tabung Haji, ASB, dan Emas.

Jika ada simpanan wang dalam Tabung Haji atau ASB atau mana-mana bank yang tak terusik untuk tempoh lebih setahun,

pakar-pakar pelaburan emas menasihati agar anda keluarkan simpanan wang kertas tersebut dan mula membeli emas dan gold bar untuk simpanan emas yang lebih menguntungkan Insya Allah.

Tetapi pastikan baki wang simpanan anda masih ada untuk sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. Janganlah tamak dengan keluarkan duit simpanan semua sekali… huhu…

atau amat tidak digalakkan buat pinjaman untuk beli emas… tolonglah elakkan.

Kalau meniaga, letak matlamat nak kumpul harta.

Tip 3: Tambahkan passive income atau create 2nd business.

Zaman millennial sekarang sangat mudah untuk buat duit. Baik yang buat online atau offline. Janji ada ilmu dalam dunia perniagaan supaya tak ketinggalan dek zaman.

Mana tidaknya, abang jual asam boi tepi jalan pun mampu untuk menjana income ribuan ringgit, apatah lagi jika anda menjual barang kosmetik, perfume dan lain-lain.

Oleh itu, dari duit bisnes yang anda dapat bolehlah tambahkan simpanan. Apabila bisnes sedang mencanak naik, itu tandanya adalah waktu terbaik untuk simpan lebih banyak duit.

Jual benda yang evergreen yang sentiasa orang cari. Ada ramai sifu-sifu yang berkongsi bagaimana menjual dan meniaga di atas talian. Invest sedikit duit hadir ke kelas-kelas macam ini.

Tip 4: Simpan 10% atau RM50/RM100 sehari ke dalam tabung persaraan

Kajian saya bagi usahawan yang meniaga, 10 orang dari mereka yang meniaga lebih dari 10 tahun. Hanya 30% sahaja yang berjaya simpan wang untuk bersara.

Cara yang lebih mudah dengan menyediakan tabung tin biskut. Ketepikan hari-hari RM50 atau RM100 hasil dari jualan.

Cukup bulan simpan di bank atau laburkan di program DPF. EPF bagus tetapi DPF lebih TERBAIK untuk usahawan muda seperti anda.

5 Sebab Utama Usahawan Perlu Membuat Hibah Hartanah. Baca Artikel

https://perwarisanperniagaan.com/membuat-hibah-hartanah/

Tip 5: Banyakkan berzakat

Zakat bermaksud suci, subur dan berkembang. Tetapi makna yang sering digunakan bagi perkataan ini lebih merujuk kepada pengeluaran sejumlah harta tertentu.

Hukum Zakat adalah wajib buat umat Islam dan juga merupakan rukun islam ketiga sebagai langkah untuk menyucikan harta.

Apa yang membezakan Zakat dan sedekah adalah Zakat mempunyai kadar yang tertentu dan masa untuk dikeluarkan iaitu setahun sekali.

Buat muslimin dan muslimat yang berminat untuk mengetahui berapakah jumlah yang diperlukan untuk mengeluarkan Zakat, anda boleh klik disini untuk ke laman web Zakat Wilayah yang menyediakan kalkulator Zakat.

Untuk pengetahuan anda, Zakat mempunyai kadar 2.5% dan tempoh untuk dikeluarkan iaitu setahun.

Tips 6: Labur di hartanah

Asyik menyewa rumah sahaja? Bila lagi nak ada rumah sendiri?
Sekiranya anda menghadapi pertanyaan ini, anda tidak keseorangan.

Cara Terbaik Simpan Duit

Siapa yang tidak impikan tinggal di rumah sendiri, kan?

Mungkin ada yang memberikan alasan untuk tidak berbuat demikian.

Ada yang menjawab kekangan permohonan pinjaman bank dan kekurangan wang pendahuluan.

Malah ada yang mengatakan bahawa proses membeli rumah merumitkan, terutama buat mereka yang baru pertama kali mahu berurusan.

Dengan nilainya yang besar, pastinya prosedur beli rumah pertama ini perlu dibuat dengan diteliti dan difahami sebaik-baiknya.

Rakan usahawan saya Tuan Mohd Firdaus Mahmod berkongsi bagaimana membeli rumah pertama dengan mudah. Baca artikel beliau di sini

.

.

httpswww.youtube.complaylistlist=PLevU5sXmQh9eVmEvV9opLsx15bea1SLSw

.

Tips 7: Dapat keuntungan, laburkan duit tersebut

Contohnya melabur di pasaran saham. Jika anda masih tidak tahu, ini merupakan 6 tempat yang boleh anda laburkan duit anda iaitu:

1 = Tabung Haji
2 = Amanah Saham Bumiputera
3 = Emas
4 = Akaun simpanan tetap (fixed deposit)
5 = Unit Trust
6 = Saham

Senang sahaja, bukan?

Sedikit nasihat untuk usahawan muda di luar sana yang masih belum mula menyimpan demi masa hadapan

Yakin dan percayalah, sedikit demi sedikit menyimpan, lama-lama akan jadi banyak di masa depan!

Jom mula menyimpan wang dan menambah aset.

11000

Anda sedang mencari Medical Card? AIA Takaful memang terbaik

Isikan info anda di bawah ini
This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

7 Tips – Cara Terbaik Simpan Duit Ribuan Ringgit pada tahun 2024

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin
Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.