7 Jenis Pendapatan Yang Dikenakan Cukai

Ramai yang masih keliru apakah yang dimaksudkan dengan jenis pendapatan yang dikenakan cukai.

Tidak kurang juga ada yang buat-buat lupa untuk daftar fail cukai pendapatan tahunan mereka.

Hari ini urusan memfailkan cukai pendapatan semakin mudah dengan pelbagai maklumat yang tersedia.

Jom kita ambil tahu apakah jenis pendapatan yang dikenakan cukai sekaligus mengetahui apakah anda atau perniagaan anda layak dikenakan cukai.

Pendapatan Yang Dikenakan Cukai

Cukai pendapatan dirujuk sebagai caj tahunan yang dilevi sama ada ke atas upah, gaji, komisyen dan pendapatan bukan gaji (iaitu dividen, faedah, sewa dan pendapatan dari perdagangan).

Umumnya terdapat dua jenis cukai pendapatan.

Pertama; cukai pendapatan peribadi yang dilevi ke atas pendapatan individu, isi rumah, perkongsian dan pemilikan tunggal.

Kedua; cukai perbadanan, dicukai ke atas untung bersih sesebuah perniagaan yang diperbadankan.

Kad Aia Takaful
Kad Aia Takaful

Anda Berminat Nak Tahu Kebaikan Medical Card Aia Takaful?

BACA ARTIKEL 

Adalah wajib untuk setiap individu atau perniagaan untuk mengisytiharkan penyata cukai pendapatan secara tahunan untuk menentukan sama ada mereka perlu bayar cukai atau layak terima rebat cukai.

Semua individu di Malaysia tahu bahawa cukai pendapatan merupakan sumber dana utama kerajaan untuk membiayai aktiviti dan memberi khidmat kepada rakyat.

7 Jenis Pendapatan Yang Dikenakan Cukai

tax

1. Perniagaan dan Pekerjaan

Perniagaan dan Pekerjaan
Multiethnic diverse group of creative team or business coworker clapping hands in project presentation meeting leading by Asian woman. Success teamwork, modern office work, or startup company concept

Perlu ingat bahawa apa sahaja jenis pekerjaan dan perniagaan yang membolehkan anda menerima wang masuk ke dalam akaun bank merupakan pendapatan.

Sebelum membayar cukai, pemohon perlu memohon nombor rujukan cukai pendapatan di cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran.

Anda perlu membawa salinan Borang Penyata Pendapatan terkini atau slip gaji; salinan kad pengenalan dan salinan sijil kahwin jika ada.

Anda mempunyai pendapatan sendiri berasaskan platform media sosial di Youtube atau menjadi Instafamous?

Adakah anda menerima bayaran dari hasil review sesuatu produk atau perkhidmatan sehingga beribu ringgit?

Ini pun dikira sebagai pendapatan.

Bukan apa, pihak bank pasti akan tertanya-tanya jika aliran wang masuk ke akaun bank anda terlampau banyak.

Mungkin anda akan dinasihatkan untuk membuka akaun semasa dan mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

2. Penggajian

Pendapatan Yang Dikenakan Cukai

Untuk keadaan ini, pihak majikan boleh membuka fail untuk pekerja mereka.

Mekanisme Potongan Cukai Berjadual (PCB) merupakan cukai pendapatan daripada saran bulanan semasa pekerja mengikut Jadual Potongan Cukai Bulanan atau kaedah-kaedah lain yang diluluskan.

Pernah dengar tak ada yang kata ‘rugilah bayar bulan-bulan tapi langsung tak dapat apa?’

Medical Card Aia Takaful

Perlu ingat ya, kalau anda pandai urus dana tur perbelanjaan harian dan bulanan, anda pasti boleh dapat semula lebihan (refund) daripada LHDN.

Yang penting, bayar dahulu cukai pendapatan anda.

3. Dividen & Faedah

Sekiranya anda ada menerima dividen, ia juga turut dikira sebagai pendapatan. Bermakna ini juga dikira sebagai cukai pendapatan anda.

Namun begitu ada beberapa dividend an faedah yang dikecualikan daripada bayaran cukai. Seperti Tabung Haji, Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Unit Amanah.

4. Diskaun

car loan company

Ada juga pendapatan yang kita terima tidak dalam bentuk wang sama ada diberi terus kepada kita atau dimasukkan ke dalam akain bank.

Jika anda ada menerima manfaat dalam bentuk lain, misalnya diskaun untuk membeli kenderaan dengan syarikat menjual kereta kerana anda merupakan kakitangannya, maka ia juga merupakan jenis pendapatan yang dikenakan cukai.

Begitu juga sekiranya anda merupakan sales executive di property developer dan mendapat diskaun untuk membeli rumah, jadi jumlah diskaun itu juga perlu dikenakan cukai.

5. Sewa

Jika anda mempunyai dua buah rumah yang disewakan, dan menerima pendapatan dari kaedah ini, maka pendapatan itu juga harus dikenakan cukai.

kelebihan-kad aia
kelebihan-kad aia

Anda Sedang Mencari Medical Card?

Aia takaful terbaik – Mohon Di Sini

6. Premium

Ini merujuk kepada sebarang bentuk hadiah atau ganjaran yang diterima seperti baucar percutian, hadiah dalam bentuk kebendaan seperti telefon dan jam.

Bayaran cukai boleh dikenakan ke atas anda mengikut syarat.

7. Anuiti

Ini merujuk kepada bayaran yang diterima secara tetap yang dibayar oleh sesuatu pihak, contohnya syarikat takaful atau syarikat insurans dalam tempoh tertentu.

Contoh situasi, anda melanggan produk takaful  dan selepas bersara anda menerima bayaran wang secara konsisten tanpa bekerja.

Sekiranya anda memerlukan bantuan dalam pengiraan cukai individu dan perniagaan, anda boleh mendapatkan khidmat dari Tengku Azrul & Co.

Pendapatan Yang Dikenakan Cukai

Mereka terdiri daripada kumpulan profesional akauntan, agen cukai, setiausaha berlesen dan perunding perniagaan.

Firma perakaunan ini mempunyai pengalaman lebih dari 8 tahun, menjadikan mereka cukup mahir dalam hal-hal berkaitan percukaian.

Anda Perlukan Servis Percukaian?

Sila isikan info anda di bawah

X
Scroll to Top
%d bloggers like this: