7 Kebaikan Keyman Takaful / Keyman Polisi

7 Kebaikan Keyman Takaful / Keyman Polisi

Di dalam mana-mana syarikat pasti ada individu yang merupakan penggerak kepada kemajuan syarikat.

Kebaikan Keyman Takaful

Senang citer, kalau orang ni takde syarikat akan mengalami masalah dari segi jualan dan juga pemasaran. Orang ini juga yang boleh membuat keputusan bagi pihak syarikat dalam apa jua keputusan. Ianya juga boleh jadi orang tahu selok perniagaan dan mungkin rapat kepada supplier dan juga vendor.

Tahukah anda satu ketika dahulu apabila salah seorang dari tokoh korporat meninggal, saham syarikat mereka di papan bursa merudum di sebabkan keyperson mereka meninggal dunia.

Impak yang besar ini menyebab para pelabur menarik pegangan saham mereka di syarikat dan orang awam kuatir jika mereka masih lagi melabur di syarikat ini, mereka akan kerugian besar!

Kebaikan Keyman Takaful

Kebaikan Keyman Takaful / Keyman Polisi ini mempunyai banyak manfaat untuk syarikat.

Di sini saya senaraikan beberapa Kebaikan Keyman Takaful.

– Ianya boleh di gunakan sebagai FUNDING MECHANISM dalam membayar pampasan kepada waris KEYMAN supaya jangan menganggu kepada syarikat. Ada kebanyakkan syarikat memerlukan waris mahir dalam perniagaan supaya tidak berlaku percanggahan dalam menjalankan perniagaan

– Menyediakan IMMEDIATE cash jika ada KEYMAN meninggal dunia. Apabila KEYMAN ini meninggal, lumpuh kekal atau di landa musibah penyakit kritikal seperti Kanser ataupun sakit jantung, pasti ada impak kepada pergerakaan syarikat. Jika wang bernilai Rm2 juta masuk ke dalam syarikat, syarikat boleh berjalan seperti biasa dan tiada masalah dalam meneruskan pergerakan syarikat.

– Polisi ini menjaga kepentingan bisnes di dalam syarikat sekiranya berlaku musibah kematian terhadap orang penting/keyman/orang kuat company.

– melindungi saham-saham yang dimiliki oleh keyman atau orang penting tadi supaya syarikat boleh membeli balik saham tersebut daripada waris selepas meninggal dunia.

– Pampasan polisi ini juga boleh digunakan oleh pihak syarikat untuk di berikan kepada waris keyman sebagai tanda penghormatan dan untuk kebajikan keluarga orang penting yg meninggal dunia.

– Aset tunai untuk membayar hutang-piutang sekiranya syarikat perlu ditutup selepas kehilangan orang penting. Bagus untuk syarikat Enterprise or pemilikan tunggal.

– Kebaikan Keyman Takaful ada menyediakan satu program yang mana ianya boleh membantu usahawan menyediakan IMMEDIATE CASH apabila KEYPERSON ini meninggal.

– Ada Syarikat menggunakan Kebaikan Keyman Takaful ini bagi meneruskan perniagaan mereka atau menggunakan duit ini dan melahirkan lebih ramai KEYMAN baru dalam syarikat.

– Duit ini ada di gunakan menghantar staff baru ini ke kelas atau kursus berkaitan bagi memantapkan lagi kemahiran dan ilmu bagi menguruskan syarikat.

KEBAIKAN KEYMAN POLISI

https://www.facebook.com/perwarisanperniagaan/photos/kepentingan-insurans-key-man-ramai-usahawan-masih-belum-clear-kepentingan-keyman/2771699976189620/

Mengikut Public Ruling Lembaga Hasil, Insurans “Key-man”


4.1 Pada amnya, premium yang dibayar atas insurans yang diambil kesemuanya dan semata-mata bertujuan untuk mendapatkan semula wang bagi menggantikan kehilangan keuntungan apabila berlakunya sesuatu peristiwa yang diinsuranskan adalah dibenarkan sebagai potongan dari pendapatan kasar perniagaan.
4.2 Kematian, penyakit kritikal, penyakit lain, kemalangan atau kecederaan seseorang pekerja atau pengarah mungkin mengakibatkan kehilangan pendapatan perniagaan bagi majikan atau syarikat. Insurans boleh diambil atas nyawa pekerja atau pengarah yang adalah orang utama dalam syarikat bagi melindungi risiko kehilangan pendapatan perniagaan. Jenis insurans ini dinamakan insurans “key-man” atau “key-person”.

Adakah premium insuran merupakan perbelanjaan yang dibenarkan oleh percukaian?

Insuran nyawa tanpa pelaburan – Perbelanjaan yang dibenarkan

Berdasarkan Public Ruling yang dikeluarkan oleh pihak LHDN berkenaan keyman insurance (No. 2/2003), insuran nyawa dan kemalangan boleh dijadikan sebagai perbelanjaan syarikat yang dibenarkan dalam percukaian.

Pampasan yang diterima mestilah dibayar terus kepada syarikat dan bukan kepada individu tersebut.

Insuran nyawa dan pelaburan – Tidak dibenarkan

Jika polisi insuran tersebut mempunyai elemen pelaburan, premium yang dibayar tidak boleh dijadikan sebagai perbelanjaan syarikat yang dibenarkan. Ini kerana polisi tersebut adalah aset kepada syarikat kerana mempunyai nilai pelaburan pada masa akan datang.

Kebaikan Group Medical AIA Perlindungan Untuk Pekerja-Pekerja Anda

https://perwarisanperniagaan.com/kebaikan-group-medical-aia/

Adakah pampasan yang diterima dikenakan cukai?

Insuran nyawa tanpa pelaburan – Dikenakan cukai

Oleh kerana premium tahunan adalah dibenarkan dalam perbelanjaan syarikat, pampasan yang diterima akan dikenakan cukai dan dianggap sebagai pendapatan syarikat.

  • Contoh : Syarikat telah mengambil satu polisi insuran nyawa tanpa pelaburan dengan premium tahunan RM100,000 dan perlindungan nyawa sebanyak RM5,000,000. Selepas 2 tahun, orang yang dilindungi syarikat tersebut telah meninggal dan syarikat telah menerima pampasan sebanyak RM5,000,000.
  • RM300,000 (RM100,000 x 3 tahun) premium yang dibayar dibenarkan dalam perbelanjaan syarikat. Namun, duit pampasan RM5,000,000 akan dikenakan cukai.

Apa itu Perwarisan Perniagaan

https://perwarisanperniagaan.com/kebaikan-group-medical-aia/

Insuran nyawa dan pelaburan – Tidak dikenakan cukai

  • Oleh kerana premium tahunan adalah tidak dibenarkan dalam perbelanjaan syarikat, pampasan yang diterima akan tidak dikenakan cukai dan dianggap sebagai pendapatan syarikat.
  • Contoh : Syarikat telah mengambil satu polisi insuran nyawa mempunyai manfaat pelaburan dengan premium tahunan RM80,000 dan perlindungan nyawa sebanyak RM3,500,000. Selepas 5 tahun, orang yang dilindungi syarikat tersebut telah meninggal dan syarikat telah menerima pampasan sebanyak RM3,500,000 beserta nilai pelaburan.
  • RM400,000 (RM80,000 x 5 tahun) premium yang dibayar tidak dibenarkan dalam perbelanjaan syarikat. Namun, duit pampasan RM3,500,000 dan nilai pelaburan tidak akan dikenakan cukai.
    =

Terima kasih kerana membaca artikel Kebaikan Keyman Takaful / Keyman Polisi

.

.

DAFTAR TAKLIMAT PERCUMA

.

Jika anda berminat dengan Kebaikan Keyman Takaful / Keyman Polisi ini, anda boleh isikan info anda di bawah ini:

3213

This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

7 Kebaikan Keyman Takaful / Keyman Polisi

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin