...

ADAKAH ANAK YANG LAHIR SELEPAS KEMATIAN BAPA LAYAK MENERIMA PUSAKA?

Layak Menerima Pusaka

Adakah Anak Yang Baru Lahir Layak Menerima Pusaka?

Soalan:

Assalamualaikum wbt,

Saya ada persoalan mengenai faraid harta peninggalan ayah saya. Ayah saya meninggal pada 24/4/1966, manakala saya lahir pada 2/8/1966 iaitu pada hari ke-100 kematian arwah. Adakah saya layak menerima harta pusaka arwah ayah berdasarkan hukum faraid?

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt.

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

ADAKAH ANAK YANG LAHIR SELEPAS KEMATIAN BAPA LAYAK MENERIMA PUSAKA

Jawapan: Ya, anak yang lahir selepas kematian bapa adalah layak untuk menerima pusaka berdasarkan undang-undang undang-undang pewarisan. Ini bergantung kepada peruntukan peruntukan berkenaan warisan keluarga kepada anak-anak tertentu. Sekiranya bapa telah menyebut anak tersebut dalam arahan warisannya, maka anak tersebut adalah layak untuk menerima pusaka.

Kami berpendapat bahawa tuan berhak mendapatkan bahagian faraid peninggalan arwah ayah. Ini sesuai dengan pendapat dalam mazhab al-Syafie bahawa syarat seorang waris itu hendalaklah dia hidup secara pasti selepas kematian pewaris sekalipun satu lahzhah (sebentar). Ini kerana pewarisan itu ditetapkan bagi mereka yang hidup, maka tiada harta pusaka bagi waris yang mati.

Indikasi kewujudan hayat bagi waris boleh ditentukan secara hakikat atau taqdiran (penetapan). Indikasi secara hakikat adalah dengan penyaksian, melihat fizikal, dan pemeriksaan kesihatan. Manakala indikasi secara taqdiran ialah penetapan wujudnya ruh bagi janin dalam kandungan semasa matinya pewaris. Justeru, bahagian pusaka bagi janin itu hendaklah diasingkan awal-awal sebagai langkah ihtiyat (berhati-hati) dan hanya akan berkuatkuasa dengan syarat janin itu lahir hidup.

Ini berdalilkan hadis riwayat Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا اسْتَهَلَّ الْمَوْلُودُ وُرِّثَ

Maksudnya: “Jika anak yang dilahirkan itu menangis keluar suara, maka sabit baginya harta pusaka.”

Hadis riwayat Abu Daud (2920)

Para ulama berkata syarat mesti istihlal atau menangis dengan jeritan dalam pewarisan adalah kinayah (kiasan) bahawa waris yang dilahirkan itu hidup. Justeru, jika bayi lahir tidak menangis, tetapi terdapat tanda-tanda hayat yang lain, maka tetap sabit hak waris. 

Berkata Syeikh Muhammad al-Zuhaili:

“Sekiranya kehamilan itu disebabkan oleh si suami yang meninggal dunia, maka anak yang dilahirkan itu sabit nasab dan hak pewarisannya, dengan syarat dia lahir dalam tempoh sepanjang-panjang kehamilan (yakni 4 tahun dari tarikh mati suami).”

Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili (4/353-354 & 490-491).

apa itu wasiat
https://perwarisanperniagaan.com/apa-itu-wasiat-perwarisan-perniagaan/

Berdasarkan fakta dan isu yang dibangkitkan oleh tuan yang bertanya, ternyata tuan berhak terhadap harta pusaka ayah tuan kerana tuan lahir selepas  100 hari kematian ayah tuan dan tidak melebihi sepanjang-panjang tempoh kehamilan. Wallahua’lam.

Sumber – https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2373-al-kafi-729-adakah-anak-yang-lahir-selepas-kematian-bapa-layak-menerima-pusaka

.

DAFTAR TAKLIMAT PERCUMA

.

Anda ingin membuat perancangan pusaka dan menulis wasiat?

This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

ADAKAH ANAK YANG LAHIR SELEPAS KEMATIAN BAPA LAYAK MENERIMA PUSAKA?

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin
Seraphinite AcceleratorBannerText_Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.