AIA GHS Takaful (Group Hospitalisation and Surgical)

AIA Group Hospitalisation and Surgical Takaful / AIA GHS Takaful

AIA Group Hospitalisation and Surgical (GHS) Takaful Pakej / AIA GHS Takaful merupakan pilihan pegawai sumber manusia. Menarik, memotivasi dan mengekalkan pekerja yang baik adalah satu cabaran kepada mana-mana organisasi.

Pekerja anda merupakan penggerak di belakang perniagaan anda dan sebagai majikan yang bertanggungjawab, adalah penting bagi anda untuk menjaga kesejahteraan mereka. Sertai A-SME Platinum-i dan anda boleh memastikan kebajikan pekerja anda akan dijaga dengan baik.

A-SME Platinum-i direka bagi menguruskan pelan faedah pekerja dalam perusahaan kecil dan sederhana; terutamanya untuk 5-150 orang pekerja. Ia adalah pusat bagi semua keperluan faedah pekerja anda, menyediakan perlindungan maksimum untuk keadaan yang tidak dijangka seperti kematian/kehilangan upaya, Penyakit Kritikal dan kos perubatan yang semakin meningkat.

Faedah Utama AIA Group Hospitalisation and Surgical Takaful

Terdapat 2 faedah faedah utama. Anda boleh memilih:

a. Rancangan faedah kemasukan ke hospital dan pembedahan mengikut jenis bilik dan had atau had tahunan.
Elaun Ehsan RM 10,000 tersedia untuk semua pilihan pelan.
b. Manfaat rawatan pesakit luar dengan had tahunan atau had lawatan klinik Pakar. Lawatan GP tidak terhad.

Mengapa A-SME Platinum-i?

  • Pelan Faedah Pekerja direka khas untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana
  • Akses ke Penjagaan Perubatan Tanpa Bayaran Tunai bagi penjagaan Pesakit Luar GP
  • Pengeluaran Surat Jaminan untuk kemasukan ke hospital
  • Rangkaian Penyedia Perubatan di Seluruh Negara – akses mudah, pilihan & selesa
  • 24 Jam Pusat Panggilan – hanya satu panggilan
  • Reka Bentuk Pelan yang Fleksibel – pilihan untuk perlindungan perubatan dan Takaful

Faedah Asas Takaful Penghospitalan & Pembedahan Berkumpulan (GHS)
Kemasukan ke Hospital

Lindungi para pekerja anda dengan menyediakan pelan lengkap kemasukan hospital. Dengan pelan ini, mereka dijamin perlindungan perubatan yang mencukupi di masa ianya diperlukan.
Terdapat 6 pelan yang menarik dengan had-had keseluruhan tahunan dari RM 20,000 hingga ke RM 200,000. Ia memberikan anda pilihan untuk menyediakan pelan yang paling sesuai dengan pekerja anda. Anda juga mempunyai pilihan untuk menyediakan perlindungan kemasukan ke hospital untuk tanggungan pekerja.

AIA Group Hospitalisation and Surgical (GHS) Takaful Pakej

Faedah Asas Takaful Bertempoh Berkumpulan (GTT)
Faedah Takaful

Faedah ini menyediakan perlindungan kewangan kepada pekerja anda sekira berlakunya kematian yang tidak dijangka. Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja di antara 11 dan 150 orang akan diberi Had Tanpa Bukti. Sekiranya Amaun Takaful pekerja tidak melebihi Had Tanpa Bukti, Kami akan melindungi pekerja anda tanpa keterangan Perlindungan Takaful (seperti Borang Pengesahan Kesihatan Peribadi).

AIA Group Hospitalisation and Surgical (GHS) Takaful Pakej

Kehilangan Upaya Kekal Menyeluruh
Sekiranya pekerja kehilangan upaya disebabkan oleh kecederaan atau penyakit, bayaran ganti rugi daripada faedah ini akan mengurangkan beban kewangan yang ditanggung pada masa tersebut.

AIA Group Hospitalisation and Surgical (GHS) Takaful Pakej

Kehilangan Upaya Kekal Sebahagian
Ganti rugi akan dibayar mengikut Skala Pampasan seperti yang dinyatakan di bawah Jadual Faedah sekiranya berlaku kehilangan upaya kekal sebahagian yang disebabkan oleh penyakit atau kemalangan.

AIA Group Hospitalisation and Surgical (GHS) Takaful Pakej
AIA Group Hospitalisation and Surgical (GHS) Takaful Pakej

Penyakit Terminal
Pampasan akan dibayar sekiranya pekerja meninggal dunia disebabkan oleh Penyakit Terminal yang dihidapi dalam tempoh masa 12 bulan.

Perbelanjaan Penghantaran Pulang
Meliputi perbelanjaan untuk pengangkutan jenazah balik ke Negara Asal jika kematian berlaku semasa Ahli yang Dilindungi berada di luar Malaysia.

Bagaimanakah Proses Perwarisan Saham Biasa Di Buat Oleh Usahawan

Baca Artikel – Khusus untuk pemilik syarikat

AIA Corporate Solutions – Your Employee Wellbeing Partner

Video Group Medical AIA

Faedah Pilihan Takaful Penghospitalan & Pembedahan Berkumpulan (GHS)
Penjagaan Pesakit Luar

Rider ini menyediakan 2 pilihan untuk perlindungan perubatan pesakit luar bagi kedua-dua Klinik Panel GP dan Pakar. Dengan menyertai rider ini, pekerja anda (dan tanggungannya, jika ada) akan menerima kemudahan bagi kemasukan ke penjagaan perubatan pesakit luar yang berkualiti. Berserta dengan pelan kemasukan ke hospital,
pekerja anda akan menikmati perlindungan penjagaan kesihatan yang komprehensif.

Faedah Pilihan Takaful Bertempoh Berkumpulan (GTT)
Penyakit Kritikal

Penyakit yang serius boleh menyebabkan kesulitan kewangan. Dengan diagnosis Penyakit Kritikal, ganti rugi akan dibayar. Ini akan membantu mengurangkan beban kewangan.

Faedah Pilihan Takaful Penghospitalan & Pembedahan Berkumpulan (GHS) atau Takaful Bertempoh Berkumpulan (GTT)
AIA Vitality

AIA Group Hospitalisation and Surgical (GHS) Takaful Pakej

AIA Vitality ialah suatu program kesihatan yang berasaskan sains yang memberi ganjaran
kepada kakitangan anda kerana membuat pilihan sihat. AIA Vitality memperkasakan
kakitangan anda dengan pengetahuan, alatan dan motivasi untuk mencapai matlamat
kesihatan. Berdasarkan penyelidikan terkini dalam bidang ekonomi berkaitan dengan
tingkah laku dan insentif, program ini dirangka untuk mendorong perubahan tingkah laku
jangka panjang dari aspek kesihatan. Organisasi0organisasi boleh memanfaatkan platform
AIA Vitality untuk menggalakkan keterlibatan dan membantu meningkatkan tahap kesihatan
kakitangan.

Rangkaian Perubatan
Nikmati sokongan perubatan yang meluas daripada rangkaian klinik panel GP kami, yang strategik di seluruh negara. Rangkaian kami yang meluas, menawarkan akses mudah, pelbagai pilihan dan keselesaan. Rangkaian perubatan kami juga merangkumi semua hospital besar di seluruh negara.

Pusat Panggilan 24 Jam
Sila hubungi Customer Contact kami di 1300 888933, jika anda memerlukan Surat Jaminan (SJ) untuk kemasukan hospital.

https://www.youtube.com/watch?v=nm39b-R5XLA

Jenis Pelan yang Fleksibel
Pilih pelan perlindungan GHS dan GTT yang ditawarkan, pelan yang memenuhi keperluan dan mengikut kemampuan anda.

Pemindahan Perubatan Kecemasan
Meliputi Ahli yang Dilindungi semasa dalam perjalanan ke luar negara. Jika berlaku apa-apa kecederaan serius atau penyakit di luar negara, AIA Services (AIAS) boleh menguruskan dan membayar untuk Pemindahan Perubatan Kecemasan, yang meliputi pengangkutan, perkhidmatan perubatan dan bekalan perubatan perbelanjaan, ke kemudahan perubatan yang terdekat.

Maklumat di dalam website ini hanyalah penerangan ringkas. Sila layari web rasmi untuk maklumat terperinci di www.aia.com.my

Mohd Ibrahim Bin Abu Bakar

Konsultan Perwarisan Perniagaan

Bilangan Usahawan Yang Telah Di Bantu

1
Hibah Hartanah Bercagar Di Rancang
1
Individu Telah Merancang Pelan Persaraan Rm1,000,000 ketika bersara

Bilangan Usahawan Yang Telah Di Bantu

1
Sudah Mendapat Khidmat Nasihat Perwarisan Perniagaan
1
Proposal Perancangan Kewangan Lengkap Telah Di Keluarkan

AUTOWASAP.COM
AUTOWASAP merupakan kit Automasi Bisnes di Whatsapp meliputi software serta panduan dengan kit utamanya adalah Autowasap Blaster.

Scroll to Top