Apa itu Perwarisan Perniagaan – Penting! 90% usahawan tiada perancangan!

Apa itu Perwarisan Perniagaan ? Ianya adalah langkah dan persediaan awal elak perebutan saham di kalangan waris-waris keluarga rakan kongsi.

Apa itu Perwarisan Perniagaan ?

Apa itu Perwarisan Perniagaan
Apa itu Perwarisan Perniagaan

Perwarisan Perniagaan adalah satu perancangan pengurusan saham syarikat mengenai siapa yang akan mengambil alih perniagaan anda setelah bersara, kematian atau tidak berkemampuan meneruskan perniagaan.

Ramai usahawan yang berniaga khususnya tidak ambil berat kepentingan merancang perwarisan perniagaan ini.

Survey saya di kalangan usahawan dan saya bertanya Apa itu Perwarisan Perniagaan, mereka tidak faham pada peringkat awal.

Saya tanya lagi, Apa itu Perwarisan Perniagaan?

Dah buat perancangan ke belum siapa yang akan meneruskan perniagaan bila tuan/puan dah takde?

Untung siapa punye dan hutang siapa yang punya?

Perwarisan Perniagaan bukan lah dengan hanya menyiapkan surat transfer share dan lantik peguam. Pelbagai kos perlu usahawan faham dalam mentabir dan mendapatkan surat kuasa di mahkamah.

Apabila berlaku kematian kepada seorang ahli perniagaan yang memiliki saham di dalam syarikat, saham itu juga merupakan harta pusaka dan berhak dituntut oleh waris-waris mengikut hukum faraid.

Sedangkan waris-waris ini mungkin tiada pengetahuan langsung tentang perniagaan dan mungkin juga tidak pernah terlibat langsung dengan aktiviti perniagaan.

Keadaan ini akan menimbulkan banyak masalah dan perbalahan yang pada jangka panjangnya berpotensi menyebabkan syarikat ditutup atau terganggu operasinya. 

Kita perlu allocate siap-siap kos ini jika perkara ini berlaku. Kos-kos seperti pengurusan syarikat perlu juga di allocatekan jika KEYMAN meninggal dunia.

Cuba lihat gambar rajah di bawah iaitu process flow permindahan saham syarikat jika salah seorang rakan kongsi meninggal dunia. Anda tidak boleh simply kautim dengan COSEC untuk tukar nama shareholder tu ye.

Silap haribulan boleh masuk ke dalam lokap jika ada di antara waris tidak bersetuju dengan hanya mengisi borang transfer share ye. Kalau waris faraid tak tahu maybe anda selamat. Jika ada yang tahu dan mereka membuat report polis, kan dah susah.

Fi bagi Pentadbiran Pusaka
Fi bagi Pentadbiran Pusaka

Usahawan wajib tahu apa itu Fi bagi Pentadbiran Pusaka. Baca artikel ->

https://perwarisanperniagaan.com/fi-bagi-pentadbiran-pusaka/

Serahkan pula kepada Faraid untuk di bahagikan. 100% saya yakin, perniagaan anda akan hancur di sebabkan perebutan saham syarikat dan aset-aset yang ada.

Saya sarankan letak satu usaha minggu ini dan bincangkan kepentingan merancang perwarisan perniagaan di kalangan rakan kongsi ataupun pasangan anda.

Isu Yang Sering Berlaku Di Dalam Pensyarikatan – Perwarisan Perniagaan

  1. Waris Tidak Dapat Di Jejaki Selepas Kematian Ahli Pemegang Saham
  2. Tiada Makluman Oleh Pengarah Atau Pemegang Saham Berkenaan Wasiat Yang Telah Di Daftarkan
  3. Perebutan Saham Dan Kedudukan Di Dalam Syarikat
  4. Suami Isteri Menubuhkan Syarikat Bersama
  5. Merompak Syarikat Sendiri
  6. Membeli Property Aset Atas Nama Syarikat
  7. Surat Serah Saham Tiada Tarikh (COSEC)

Masalah Berpartner Di Malaysia Dan Mengapa Perlu Buat Perwarisan Perniagaan

  1. Shareholder Tidak Mahu Berniaga Bersama Waris Rakan Kongsi Kerana Waris Tiada Kepakaran Dalam Perniagaan. (Kisah Benar Pelanggan Saya)
  2. Shareholder Yang Mempunyai Fullright Signature Keluarkan Duit Syarikat Dan Menjalankan Perniagaan Baru Bersama Partner Lain. (Kisah Benar Pelanggan Saya)
  3. Isteri Rakan Kongsi Yang Meninggal Datang Berjumpa Dengan Partner. “Partner Bagitau Yang Boleh Di Ambil Hanya Kerusi Dan Meja”. (Kisah Benar Pelanggan Saya)
  4. Suami Meninggalkan Hutang Rm500k Dan Isteri Adalah Waris Syarikat. Isteri Pening Kerana Subcon Datang Kerumah Tuntut Baki Payment. (Kisah Benar Pelanggan Saya)

 5 Cara Membuat Wasiat Saham Perniagaan

https://perwarisanperniagaan.com/5-cara-membuat-wasiat/

Langkah Pertama Dalam Merancang Perwarisan Perniagaan

Untuk perwarisan perniagaan, langkah pertama adalah untuk mengenal pasti pengganti ideal untuk mengambil alih perniagaan, kemudian menentukan solusi yang terbaik.

Ini biasanya melibatkan perjanjian jual-beli, di jamin dengan polisi takaful hayat ataupun sebarang skim pinjaman.

Terdapat 5 cara biasa untuk memindahkan pemilikan perniagaan anda:

  • Pemilik bersama – Jual saham anda atau kepentingan pemilikan kepada pemilik bersama
  • Pewaris – Memberi pemilikan saham kepada ahli keluarga.
  • Kakitangan Utama – Menjual perniagaan anda kepada pekerja utama.
  • Di Luar Pihak – Menjual perniagaan anda kepada seorang usahawan di luar organisasi anda.
  • Syarikat – Untuk perniagaan dengan pemilik lebih dari dua, anda boleh menjual saham Anda kepada rakan kongsi yang masih ada.

Kepentingan Merancang Perwarisan Perniagaan akan menerangkan dengan jelas siapa yang akan mengambil alih perniagaan, mengurangkan kemungkinan pertikaian antara pihak-pihak.

Jika pembelian saham terlibat, harga jualan dan terma pembelian juga jelas digariskan, melegakan hati dan mengurangkan tekanan kepada keluarga pemilik saham.

Dengan kata lain, Perwarisan Perniagaan yang direka dengan baik bertujuan untuk memberi manfaat kepada semua orang iaitu pemilik yang menyerahkan saham, keluarganya, perniagaan dan pengganti.

Pemilik Sdn Bhd – Anda Ada Dua Pilihan Sebelum Membuat Perwarisan Perniagaan

a. PILIHAN PERTAMA

Tak perlu buat apa-apa.
Pesan sahaja kepada waris-waris anda supaya jangan berebut dan bermuafakat dengan baik dalam urusan pewarisan saham syarikat.
Pesan juga kepada pemegang saham lain supaya menjaga kebajikan waris-waris anda dengan baik.
Tawakkal dan berserah kepada Allah SWT.

b. PILIHAN KEDUA

Bertindak pro aktif segera hari ini merancang PEWARISAN PERNIAGAAN anda.
Anda boleh MERANCANG untuk memastikan
Pewarisan saham berjalan lancar ; tiada konflik sesama waris.
Perniagaan anda akan terus beroperasi dengan lancar selepas ketiadaan anda.
Perniagaan anda terus memberi manfaat kepada waris anda bergenerasi lamanya.
Kepentingan pemegang saham lain, waris anda, Kakitangan dan semua pihak yang
berkepentingan terjaga.
Tawakkal dan berserah kepada Allah.

2 Jenis Perwarisan Perniagaan

Berikut adalah 2 jenis Perwarisan Perniagaan yang paling biasa di buat:

1. Menjual Perniagaan Anda kepada Pemilik bersama (Business Exit)

Jika anda mengasaskan perniagaan anda dengan rakan kongsi, anda mungkin mempertimbangkan rakan kongsi bersama anda sebagai pengganti berpotensi.

Banyak perjanjian pemegang saham akan bersepakatan bersama bahawa, sekiranya kematian atau ketidakupayaan seorang shareholder dengan tiba-tiba.

Rakan kongsi yang masih tinggal akan bersetuju untuk membeli kepentingan perniagaan mereka dari keluarga mereka yang terdekat.

Perjanjian seperti ini dapat membantu meringankan beban peralihan yang tidak dijangka – untuk perniagaan dan ahli keluarga.

Waris atau pasangan mungkin berminat untuk menjaga saham mereka, tetapi mungkin tidak mempunyai masa bergerak aktif bersama rakan kongsi lain atau pengalaman untuk membantunya berkembang.

Buy-sell agreement memastikan mereka diberikan pampasan yang adil, dan membolehkan rakan kongsi yang masih hidup mengekalkan prestasi perniagaan.

Masalah
Perjanjian jual-beli dengan pemilik bersama memerlukan banyak wang tunai yang disimpan di tangan.

Pemilik bersama anda perlu bersedia untuk membeli saham anda, secara teorinya pada bila-bila masa.

Oleh kerana tidak semua orang menyimpan wang tunai di dalam bank, banyak perniagaan akan membiayai pelan mereka dengan takaful hayat.

Polisi Takaful hayat adalah yang terbaik, tetapi juga boleh dibayar sekiranya rakan kongsi bersara atau Lumpuh upaya dan berkekalan.

Jika anda memilih untuk membuat buy-sell agreement dengan rakan kongsi yang lain, anda akan memastikan bahawa polisi Takaful hayat ditetapkan dalam perjanjian.

Kami mengesyorkan bercakap dengan pakar untuk bantuan khusus mengenai jenis dasar yang anda perlukan.

2. Menyerahkan Perniagaan Anda Kepada Pewaris (Business Succession)

Ini adalah pilihan yang popular untuk pemilik perniagaan yang mempunyai anak atau ahli keluarga yang bekerja di organisasi mereka.

Apakah cara yang terbaik untuk menyerahkan perniagaan kepada keluarga anda, dan siapa yang lebih baik untuk meneruskan misi perniagaan anda daripada keluarga anda sendiri?

Sudah tentu, menyerahkan perniagaan kepada keluarga lebih mencabar, ia boleh menimbulkan banyak konflik jika tidak dirancang dengan betul.

Persoalan pertama, siapa yang akan mengambil alih? Jika anda mempunyai hanya satu ahli keluarga yang bekerja bersama anda, ini adalah keputusan yang mudah. Ia boleh menjadi rumit apabila anda mempunyai ramai anak, sepupu atau anak saudara, dan lebih dari satu yang berminat untuk mengambil alih perniagaan.

Dalam kes ini, anda perlu memberikan arahan yang jelas tentang siapa yang akan mengambil alih dan bagaimana pewaris lain akan diberi pampasan.

Masalah Yang Berlaku Dalam Perwarisan Perniagaan

Secara umumnya, anda tidak mahu memberikan pemilikan saham kepada ahli keluarga yang tidak terlibat dalam perniagaan.

Sebaiknya, perwarisan perniagaan akan melibatkan perjanjian jual-beli, di mana ahli waris anda yang tidak aktif dalam perniagaan bersetuju untuk menjual saham mereka kepada mereka yang aktif.

Bagi ahli waris anda yang bekerja dalam perniagaan, anda biasanya ingin memilih pengganti tunggal, berbanding pemisahan pemilikan secara hak sama di antara ahli waris anda.

Terdapat pengecualian, seperti bahagian di mana seorang penerus boleh memberi tumpuan kepada jualan, dan yang lain dalam pembangunan produk. Tetapi perniagaan umumnya lebih sukar untuk dikendalikan dengan jika terdapat ramai yang mempunyai kuasa di dalam syarikat.

Flow Transfer Saham Apabila Rakan Kongsi Meninggal Dunia…

Jom tonton

Masalah

Membuat keputusan perniagaan dalam keluarga boleh menjadikan ianya lebih serabut. Emosi akan terganggu, terutamanya selepas mati atau hilang upaya.

Fakta telah membuktikan, generasi kedua di dalam perniagaan lumpuh dalam meneruskan perniagaan dan hanya 30% tinggal bertahan selepas saham di serahkan.

Proses Yang Terlibat Dalam Perwarisan Perniagaan

Pemegang saham tersebut boleh menghibahkan saham perniagaan mereka kepada sesiapa penerima hibah yang mereka kehendaki.

Penerima hibah ini boleh terdiri dari anak yang dirancang akan berfungsi selaku pewaris perniagaan yang mungkin telah dipilih atau dilatih oleh pemegang saham.

Tindakan hibah ini akan menyebabkan saham perniagaan itu akan terkeluar dari harta pusaka dan hanya dimiliki oleh penerima hibah yang ditetapkan sekaligus mengelakkan risiko perbalahn pada masa hadapan.

Secara keseluruhan, jika pengganti anda mahir dan perniagaan bertambah baik, maka mungkin jawapannya adalah ‘ya’ menyerahkan kepada keluarga.

Jika tidak, anda boleh mempertimbangkan menjual perniagaan anda kepada rakan kongsi yang lain, pekerja boleh di percayai, atau pembeli luar.

Anda ingin membuat Perwarisan Perniagaan?

Click link wasap di bawah untuk temujanji

📳  http://perwarisanperniagaan.wasap.my
📳  http://perwarisanperniagaan.wasap.my

.

.

DAFTAR TAKLIMAT PERCUMA

.

.

30000

Sila tinggalkan info anda di bawah jika anda berminat dengan Solusi Perwarisan Perniagaan

This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Apa itu Perwarisan Perniagaan – Penting! 90% usahawan tiada perancangan!

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin