Apa itu wasiat

Apa itu wasiat

Apa itu wasiat

Iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati. (Seksyen 2, Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) 1999)

Dalil Pensyariatan Wasiat – Apa itu wasiat – Perwarisan Perniagaan

Al-Quran

Firman Allah SWT:

مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ

Yang bermaksud: “(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya.” (Surah Al-Nisa’: 11)

Al-Hadis

Daripada Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ما حَقُّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ، له شيءٌ يُرِيدُ أَنْ يُوصِيَ فِيهِ، يَبِيتُ لَيْلَتَيْنِ، إِلَّا وَوَصِيَّتُهُ مَكْتُوبَةٌ عِنْدَهُ

Yang bermaksud: “Tidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu ingin diwasiatkan tidur dua malam melainkan dia menulis wasiat di sisinya.” (Riwayat Muslim)

Rukun Wasiat – Apa itu wasiat – Perwarisan Perniagaan

  • Pewasiat;
  • Penerima wasiat (benefisiari);
  • Harta yang diwasiat; dan
  • Sighah (lafaz wasiat).

Syarat Pewasiat – Apa itu wasiat – Perwarisan Perniagaan

  • Telah mencapai umur lapan belas tahun;
  • Sempurna akal;
  • Bertindak dengan sukarela dan tidak dipaksa; dan
  • Tidak dihalang daripada mengurus hartanya.

Syarat Penerima Wasiat (Benefisiari) – Apa itu wasiat – Perwarisan Perniagaan

  • Diketahui dengan jelas;
  • Boleh menerima harta yang diwasiatkan menurut Hukum Syarak; dan
  • Mempunyai kelayakan untuk memiliki dan mengurus harta yang diwasiatkan menurut mana-mana undang-undang bertulis.

Syarat Harta Yang Diwasiat – Apa itu wasiat – Perwarisan Perniagaan

  • Sesuatu yang boleh dijadikan harta pusaka atau boleh dijual beli semasa hidup pewasiat;
  • Sesuatu yang bernilai dan boleh dipindahmilikkan selepas kematian pewasiat;
  • Sesuatu yang wujud dalam milikan pewasiat, jika ditentukan atau wujud semasa kematian pewasiat, jika tidak ditentukan; dan
  • Sesuatu yang harus dan bukan sesuatu yang haram atau maksiat.
apa itu wasiat

Hukum Wasiat – Apa itu wasiat – Perwarisan Perniagaan

Peringkat awal Islam, hukum wasiat kesemua harta kepada ibu bapa dan sanak saudara adalah wajib sebagaimana firman Allah SWT:

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِنْ تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ

Yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang daripada kamu hampir mati, jika dia meninggalkan harta, hendaklah dia membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik, sebagai suatu kewajipan ke atas orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Baqarah: 180)

5 CARA MEMBUAT WASIAT SAHAM PERNIAGAAN

https://www.perwarisanperniagaan.com/5-cara-membuat-wasiat/

Walau bagaimanapun, kewajipan ini telah dimansuhkan dengan Surah al-Nisa’ ayat 11, 12 dan 176 dan hadis-hadis yang berkaitan dengan harta pusaka. Namun, amalan berwasiat masih digalakkan dengan had maksima satu pertiga dan ditujukan kepada selain waris.

Ia sebagaimana hadis daripada Abu Umamah al-Bahili r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إنَّ اللهَ قد أعطى كلَّ ذي حقٍّ حقَّهُ؛ فلا وصيَّةَ لوارثٍ

Yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan hak masing-masing. Maka, tiada wasiat untuk waris.” (Riwayat Abu Daud)

Kadar Wasiat Apa itu wasiat – Perwarisan Perniagaan

Pewasiat digalakkan mewasiatkan harta tidak melebihi satu pertiga. Ia berdasarkan hadis daripada Saad bin Abi Waqqas r.a. ketika Rasulullah SAW melawat beliau yang sedang sakit: 

يا رَسولَ اللَّهِ، أُوصِي بمالِي كُلِّهِ؟ قالَ: لا، قُلتُ: فالشَّطْرُ، قالَ: لا، قُلتُ: الثُّلُثُ، قالَ: فالثُّلُثُ، والثُّلُثُ كَثِيرٌ، إنَّكَ أنْ تَدَعَ ورَثَتَكَ أغْنِياءَ خَيْرٌ مِن أنْ تَدَعَهُمْ عالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ في أيْدِيهِمْ

Yang bermaksud: “Ya Rasulullah, bolehkah aku ingin berwasiat semua hartaku? Jawab baginda: “tidak”, Aku berkata: “setengah?”

Jawab baginda: “tidak”, aku berkata lagi: “Satu pertiga” Jawab baginda: “Satu pertiga dan satu pertiga itu banyak”, “sesungguhnya engkau meninggalkan waris itu kaya lebih baik daripada dia meminta-minta daripada manusia dengan tangan mereka.” (Riwayat al-Bukhari)

Satu pertiga dikira daripada harta bersih setelah dijelaskan kos urusan pengebumian dan hutang pewasiat.

Sekiranya pewasiat menanggung hutang yang banyak hingga kehabisan segala hartanya, maka wasiatnya tidak perlu dilaksanakan.

Apa itu wasiat
https://www.subscribepage.com/5-cara-membuat-wasiat-saham-perniagaan

Wasiat Kepada Waris – Apa itu wasiat – Perwarisan Perniagaan

Jumhur fuqaha berpendapat wasiat kepada waris adalah tidak diharuskan dan wasiat hanya sah dibuat kepada bukan waris yang menerima bahagian harta di bawah peraturan faraid.

Berdasarkan kepada pandangan ini, asal hukum wasiat kepada waris adalah tidak sah melainkan jika waris lain bersetuju dengan wasiat yang dibuat ketika pewasiat meninggal dunia.

Dengan demikian, pelaksanaan wasiat kepada waris adalah bergantung kepada persetujuan dan keizinan daripada waris yang lainnya .

Sandarannya adalah berdasarkan hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا وصيةَ لوارثٍ إلا أن يشاءَ الورثةُ

Yang bermaksud: “Tidak boleh berwasiat kepada waris melainkan jika diizinkan oleh warisnya yang lain.” (Riwayat Abu Daud)

Oleh itu, sesuatu wasiat yang dibuat kepada waris adalah tidak berkuatkuasa melainkan jika dipersetujui oleh waris-waris yang lain selepas kematian pewasiat.

Terima kasih kerana membaca artikel Apa itu wasiat – Perwarisan Perniagaan

Apa itu wasiat – Perwarisan Perniagaanhttps://www.youtube.com/watch?v=M-UWSdt6Yq0

Bilangan Usahawan Yang Telah Di Bantu

1
Sudah Mendapat Khidmat Nasihat Perwarisan Perniagaan
1
Proposal Perancangan Kewangan Lengkap Telah Di Keluarkan

Bilangan Usahawan Yang Telah Di Bantu

1
Hibah Hartanah Bercagar Di Rancang
1
Individu Telah Merancang Pelan Persaraan Rm1,000,000 ketika bersara

Mohd Ibrahim Bin Abu Bakar

Konsultan Perwarisan Perniagaan

Artikel Terbaru

AUTOWASAP.COM
AUTOWASAP merupakan kit Automasi Bisnes di Whatsapp meliputi software serta panduan dengan kit utamanya adalah Autowasap Blaster.

Scroll to Top