...

Buat wasiat. Settle semua masalah harta pusaka

Buat wasiat. Settle semua masalah harta pusaka. 1521

Biasa dengar ? Anda perlu tahu apakah fungsi sebenar wasiat dan bagaimana ia berkuatkuasa. Tidak semua hasrat perancangan harta anda boleh dicapai melalui wasiat.

Wasiat yang berkuatkuasa dari segi hukum syarak ialah wasiat yang diberikan pada kadar maksima 1/3 dan penerimanya ialah bukan waris iaitu pihak yang TIDAK menerima harta pusaka mengikut hukum faraid. Wasiat kepada waris-waris faraid seperti pasangan dan anak-anak, HANYA BERKUATKUASA jika dipersetujui oleh semua waris-waris faraid selepas kematian pewasiat.

wasiat

Rugi ke buat Wasiat?

Dari segi undang-undang sivil pula wasiat yang melantik wasi ( pentadbir ) hanya berkuatkuasa jika kes harta pusaka itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sivil ( bagi simati yang meninggalkan harta pusaka bernilai melebihi RM 2 juta ). Bagi kes harta pusaka yang dibicarakan di Pejabat Pusaka Kecil ( bagi simati yang meninggalkan harta pusaka kurang dari RM 2 juta dan mempunyai harta alih ), pelantikan wasi di dalam wasiat itu hanya berkuatkuasa sekiranya dipersetujui oleh waris-waris mengikut hukum faraid. Jika tidak dipersetujui, wasiat itu perlu dibicarakan pula di Mahkamah Syariah dan ada kemungkinan wasiat yang melantik wasi itu boleh terbatal jika gagal dihujahkan di Mahkamah Syariah.

Kesimpulannya ? Wasiat tidak menyelesaikan semua masalah harta pusaka ! Hanya dalam keadaan tertentu seperti di atas sahaja wasiat itu berfungsi. Tidak semua orang Islam memerlukan wasiat kecuali bagi mereka yang di dalam keadaan di atas.

wasiat
Apa itu Perwarisan Perniagaan

Menyedari hakikat inilah Wasiyyah Shoppe Berhad melalui bantuan Panel Syariahnya yang berkepakaran tinggi dan berpengalaman luas di dalam bidang fiqh mawarith dan undang-undang syariah, telah memperkenalkan pelbagai perkhidmatan perancangan harta inovatif yang patuh syariah semenjak 2004.

Banyak penyelidikan ilmiah telah dibuat bagi mendalami berkaitan isu-isu harta pusaka dan mencari penyelesaiannya mengikut pandangan ahlus sunnah wal jamaah. Pelbagai mesyuarat, seminar, bengkel dan muzakarah dengan pakar hukum syarak dan undang-undang syariah dibuat semenjak 17 tahun lepas bagi memastikan perkhidmatan yang diperkenalkan kepada masyarakat adalah patuh syariah dan boleh berkuatkuasa mengikut undang-undang Malaysia. Pelaburan keilmuan ini telah menelan belanja melebihi RM 2 juta semenjak 2004.

Hasilnya ? Hari ini Wasiyyah Shoppe Berhad menawarkan 35 solusi perkhidmatan perancangan harta secara syariah untuk umat Islam di Malaysia. Semua individu mempunyai struktur faraid yang berbeza, portfolio harta yang berbeza dan kehendak yang berbeza. Wasiyyah Shoppe Berhad men”diagnose” solusi ini mengikut keperluan individu berkenaan. Kami menyediakan ‘baju’ perancangan harta umat Islam Malaysia yang diukur khas mengikut ‘saiz’ mereka sendiri. Objektif kami hanyalah satu iaitu untuk memastikan ‘baju’ perancangan harta itu benar-benar menepati apa yang dihasratkan oleh individu berkenaan dan boleh direalisasikan.

Anda mahu ‘memakai’ solusi perancangan harta secara syariah yang dibentuk khas mengikut keperluan spesifik anda atau anda mahu ‘memakai’ solusi perancangan harta ‘seragam’ ‘one size fit all’ yang dipakai oleh semua orang walaupun anda tahu solusi itu tidak sesuai untuk anda ?

wasiat

Wasiyyah Shoppe Berhad merupakan syarikat amanah patuh syariah bersifat ‘boutique tailor-made’ yang pertama di Malaysia dan telah membantu lebih 70,000 orang Islam di dalam urusan perancangan harta secara syariah mereka. Mari kami bantu anda membuat ‘baju’ perancangan harta yang selesa dipakai mengikut saiz dan keperluan anda. Ia lebih berkesan dan bermanfaat untuk waris. Perancangan harta bukan sekadar wasiat semata-mata.

Artikel dari https://wasiyyahshoppe.com.my/ukur-baju-di-badan-sendiri-bila-merancang-harta/

.

.

.

DAFTAR TAKLIMAT PERCUMA

.

.


This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Buat wasiat. Settle semua masalah harta pusaka

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin
Seraphinite AcceleratorBannerText_Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.