...

Apakah Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) Atau RPGT?

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ialah cukai yang akan dikenakan atas keuntungan bersih yang korang dapat dari penjualan hartanah, dan kat bawah ni, kitorang ada tunjukkan cara nak kira CKHT, pengecualian yang ada, serta macam mana untuk hantar bayaran CKHT.

CKHT, RPGT, Cukai Keuntungan Harta Tanah, Real Property Gains Tax, rpgt, rpgt malaysia, rpgt 2019, rpgt 2020

For the English version, click here.

Siapa yang nak menjual atau melabur dalam hartanah kena faham dulu apa benda tu Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT), atau dalam Bahasa Inggerisnya: Real Property Gains Tax (RPGT).

Kena tau apa maksudnya, bila nak guna, dan macam mana cukai tu dikira ye! Harap-harap infografik yang kami sediakan kat bawah ni boleh tolong sikit:

pgmy-social-media-rpgt-bm

Jom Berkenalan Dengan CKHT/ RPGT

CHKT atau RPGT adalah cukai yang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kenakan pada keuntungan daripada pelupusan hartanah.

Kiranya, bila korang dah jual hartanah akan ada keuntungan bersih kan, cukai akan dikenakan atas tu lah!

Oleh itu, kalau ada yang menjual rumah tu, jangan buat-buat lupa pulak pasal cukai ni lepas ni yer, nanti kena denda kang.

Cukai ni juga dikenakan pada pelupusan syer dalam mana-mana syarikat yang ada 75% asset nyata dalam bentuk hartanah, contohnya macam Syarikat Hartanah.

CKHT/RPGT ni sebenarnya dah diperkenalkan pada tahun 1976 di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976. 

Tapi antara April 2007 sampai Disember 2009, cukai itu dikecualikan untuk sementara. Sampai lah tahun 2010, baru cukai tu diperkenalkan balik pada orang ramai.

CKHT, RPGT, Cukai Keuntungan Harta Tanah, Real Property Gains Tax, rpgt, rpgt malaysia, rpgt 2019, rpgt 2020

Satu perkara penting yang korang kena tau ialah kadar yang nak kena bayar tu bergantung pada entiti yang dikenakan CKHT/RPGT dengan tempoh pemegangan hartanah yang nak dijual tu. 

Tempoh pemegangan tu maknanya tarikh Perjanjian Jual Beli, atau Sales & Purchase Agreement (SPA), serta tarikh pelupusan dokumen tu.

Sebelum ni, warganegara atau pemastautin kat Malaysia yang melupuskan hartanah dalam tempoh 5 tahun pertama dari tarikh pemerolehan akan dikenakan CKHT/ RPGT.

Kalau dah lebih dari 5 tahun tu, cukai tu 0% je. Tapi lepas Bajet 2019, warganegara Malaysia yang melupuskan hartanah lepas 5 tahun pertama pun kena juga bayar CKHT sebanyak 5%.

Kalau penduduk bukan pemastautin ataupun syarikat pula, dorang kena bayar CKHT sebanyak 10% untuk pelupusan hartanah lepas dari 5 tahun pertama.

Kadar CHKT Untuk 2020

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), kadar CHKT 2020 adalah seperti berikut:

Cukai Keuntungan Harta Tanah

Disebabkan wabak COVID-19 yang menjejaskan ekonomi negara dan pendapatan rakyat, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa untuk jualan hartanah kediaman, CHKT akan dikecualikan sebanyak 5%.

CKHT, RPGT, Cukai Keuntungan Harta Tanah, Real Property Gains Tax, rpgt, rpgt malaysia, rpgt 2019, rpgt 2020

Ni hanya terpakai untuk pelupusan hartanah dari tempoh 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021 dan terhad kepada hanya 3 unit kediaman per individu.

Antara hartanah yang boleh dilupuskan adalah kondominium, pangsapuri, rumah pangsa, dan unit SOHO.

Macam Mana Nak Kira CKHT/RPGT Ni?

Sebelum nak tau berapa harga cukai yang nak kena bayar, korang kena tau dulu jumlah Keuntungan Terkena Cukai (chargeable gain).

Ni maknanya jumlah yang korang dapat, lepas dah tolak harga pelupusan hartanah dari harga pembelian.

Satu lagi benda yang nak kena ingat, cukai tu hanya boleh dikenakan pada keuntungan modal bersih yang positif.

Kiranya, jumlah yang dah tolak harga pelupusan dari harga pembelian dan juga semua caj-caj yang perlu (macam yuran guaman, yuran pentadbiran, bayaran iklan, dan duti setem).

Lepas itu, keuntungan modal bersih tu didarab dengan kadar CKHT/RPGT yang sepatutnya.

5 Sebab Utama Pemilik Hartanah Perlu Membuat Hibah Hartanah Bercagar

https://perwarisanperniagaan.com/hibah-hartanah-wajib-untuk-usahawan/
Kebaikan Membuat Hibah Hartanah

Perubahan CHKT Mengikut Bajet 2020

Bajet 2020 memperkenalkan perubahan baru yang menarik kepada CHKT dengan mengubah ‘tahun asas’ penilaian dari 1 Januari 2000 kepada 1 Januari 2013.

Eh sekejap sekejap! Apa maknanya tu?

Kiranya kalau anda ada membeli hartanah sebelum 1 Januari 2013, nilai hartanah tersebut akan dinilai berdasarkan harga pasaran pada 1 Januari 2013, dan bukan tarikh sebenar pembelian hartanah anda.

Ini bermakna cukai yang perlu dibayar boleh jadi lebih rendah, kerana jika lihat kenaikan harga rumah antara Januari 2013 dan tarikh semasa, ada kemungkinan lebih rendah berbanding jika dinilai berdasarkan harga pada tahun 2001.

Apakah Pengecualian Untuk CKHT?

CKHT, RPGT, Cukai Keuntungan Harta Tanah, Real Property Gains Tax, rpgt, rpgt malaysia, rpgt 2019, rpgt 2020

Haa ni ada berita baik untuk sesiapa yang nak jual hartanah. Kat bawah ni ada beberapa tawaran pengecualian untuk CKHT/RPGT. Cuba check, mana tau korang tak perlu bayar cukai tu kan:

  1. Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap dibenarkan pengecualian ke atas keuntungan dari pelupusan kediaman persendirian sekali seumur hidup. Mengikut Akta CHKT, kediaman persendirian adalah bangunan atau sebahagian bangunan yang dimiliki oleh individu atau diduduki sebagai tempat kediaman.
  2. Pengecualian untuk pelupusan hartanah antara ahli keluarga (macam antara ibu-bapa dengan anak-anak, suami-isteri, dan juga datuk-nenek dengan cucu-cucu).
  3. Pengecualian untuk jumlah bersamaan dengan 10% daripada keuntungan terkena cukai, atau RM10,000 (yang mana lebih tinggi) untuk setiap transaksi tak akan dikenakan cukai.

Bercakap Mengenai Pengecualian, Ada Satu Lagi Yang Perlu Anda Tau…

Ya, betul sangkaan anda! Oleh kerana pandemik COVID-19 yang telah melanda Malaysia dan dengan munculnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ekonomi negara telah menderita.

Untuk mengurangkan kesan penutupan dan penyekatan (lockdown) yang berpanjangan dan juga membantu perniagaan di waktu yang sukar ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan dalam ucapannya pada 5 Jun 2020 bahawa Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan dilancarkan.

Dan dalam perancangan itu: Akan ada pengecualian untuk penjualan hartanah! Tapi, ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi dulu ya:

  1. Hartanah terbabit adalah untuk rumah kediaman saja.
  2. Jualan mestilah dilakukan mulai 1 Jun 2020 hingga 31 Disember 2021.
  3. Pengecualian ini terhad kepada penjualan tiga unit rumah kediaman saja untuk setiap individu.

Tanggungjawab Pelupus Dan Cara Nak Hantar Bayaran CKHT/RPGT

  1. Isi dulu borang Pelupusan Harta Tanah (CKHT/ RPGT 1A). Dengan borang ni kena lampirkan sekali Perjanjian Jual Beli (SPA) dan semua dokumen yang menyokong potongan yang anda nak mohon dari CKHT/ RPGT. Salah satu contohnya Memorandum Pindah Milik.
  2. Kalau nak mohon untuk pengecualian CKHT/ RPGT, kena isi juga borang Notis Pemberitahuan Maklumat di bawah Seksyen 27 A CKHT 1976 (CKHT 3).
  3. Sebagai penjual, kena pastikan juga pembeli isi borang Sijil Perakuan Penyelesaian (CKHT 4), yang kena bagi sekali dengan salinan Perjanjian Jual Beli.
  4. Dah siap isi semua, serahkannya berserta dengan semua dokumen sokongan di cawangan LHDN yang berdekatan dalam tempoh 60 hari.
  5. Sediakan salinan dokumen tersebut untuk diserah kepada pemeroleh.
  6. Korang jangan risau nak dapatkan borang-borang tu semua ya, sebab pergi je mana-mana cawangan LHDN ataupun download dari laman web LHDN.

Pastikan maklumat yang diberi memang betul ye, sebab kalau dibuktikan tak benar, pelupus boleh didakwa dan disabit kesalahan dengan denda tidak melebihi RM5,000!

Kalau borang tak lengkap, ia akan dikembalikan kepada pelupus atau pemeroleh untuk lengkapkan. Borang yang dianggap tak lengkap adalah:

Untuk Borang CKHT 1A/1B Maklumat di ruang akuan tak diisi.Bukti pemerolehan dan pelupusan harta tanah (atau syer dalam SHT) tak dilampirkan. Contoh: Salinan SPA, Borang 32A bersetem, dll.Dokumen sokongan untuk perbelanjaan yang dituntut tak dilampirkan.Borang nyata tak ditandatangani.
Untuk Borang CHKT 2AMaklumat di ruang akuan tak diisi.Bukti pemerolehan dan pelupusan harta tanah (atau syer dalam SHT) tak dilampirkan. Contoh: Salinan SPA, Borang 32A bersetem, dll.Borang nyata tak ditandatangani.

Selepas selesaikan semua tu, Borang Nyata akan diproses dan sijil perakuan/notis akan dikeluarkan!

Bagi yang kena cukai, Notis Taksiran (Borang K) akan dikeluarkan. Manakala untuk yang tak kena cukai, akan terima lah Sijil Perakuan Penyelesaian (CKHT 5A).

.

.

httpswww.youtube.complaylistlist=PLevU5sXmQh9eVmEvV9opLsx15bea1SLSw

.

.

Untuk bayar cukai CHKT, bolehlah buat bayaran melalui kaunter LHDNM, melalui pos, atau terus kepada bank.

Semasa buat bayaran, pemeroleh perlu sertakan slip CHKT 502 dan untuk pelupus, slip CHKT 501, jadi jangan lupa ye!

Ada juga kes di mana pelupus akan dibayar balik CKHT, tapi hanya jika taksiran dibangkitkan dan akaun pelupus berbaki kredit. Bayaran balik boleh berlaku jika:

  • Perjanjian Jual Beli (SPA) dibatalkan.
  • Pelupusan dikecualikan cukai.
  • Kes tidak dikenakan cukai.
  • Cukai terlebih dibayar.

Sumber artikel – https://www.propertyguru.com.my/property-guides/apa-itu-cukai-keuntungan-harta-tanah-ckht-rpgt-15846

.

.

DAFTAR TAKLIMAT PERCUMA

.

Konsultasi Perwarisan Perniagaan

.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Apakah Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) Atau RPGT?

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin
Seraphinite AcceleratorBannerText_Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.