Dua anak Jamaludin Jarjis berjaya batal saman nenek

Dua anak Jamaludin Jarjis berjaya batal saman nenek

Dua anak Jamaludin Jarjis berjaya batal saman nenek

Sebelum ini isu Ibu Jamaludin Jarjis saman 2 cucu telah berlaku memfailkan saman terhadap dua cucunya selepas didakwa gagal memasukkan tiga syer syarikat bernilai RM1.3 bilion sebagai aset harta pusaka.

Dua anak Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis hari ini berjaya membatalkan saman yang difailkan nenek mereka, berhubung pengagihan wang tunai RM2.29 juta milik arwah yang disimpan di dalam akaun bank tempatan dan luar negara.

Dua anak Jamaludin Jarjis

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Aminah, mendakwa kedua-dua defendan sebagai pentadbir bersama harta pusaka allahyarham gagal memasukkan sebahagian saham dari tiga buah syarikat iaitu Rantai Wawasan Sdn Bhd, Alpine Motion Sdn Bhd dan Ivory Insights Wawasan Sdn Bhd ke dalam senarai aset dan liabiliti milik allahyarham.

Plaintif mendakwa sebagai ibu kandung yang sah dan waris kepada Jamaludin, beliau mempunyai kepentingan di dalam harta pusaka.

Hakim Mahkamah Tinggi Hayatul Akmal Abdul Aziz membenarkan permohonan Nur Anis Jamaludin, 37, dan Ikhwan Hafiz Jamaludin, 35, selaku defendan untuk membatalkan saman Aminah Abdullah, 88, yang juga ibu Allahyarham Jamaludin pada prosiding kes saman itu yang berlangsung secara dalam talian hari ini.

Baca Artikel Perwarisan Perniagaan

https://www.perwarisanperniagaan.com/artikel-perwarisan-perniagaan/

Hakim Hayatul Akmal membenarkan permohonan dua beradik itu dengan alasan kes saman berkenaan tidak boleh dikekalkan berdasarkan prinsip undang-undang res judicata, kerana fakta sama yang dikemukakan dalam kes berasingan sudah didengar dan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Mahkamah juga memutuskan tuntutan saman itu adalah bersifat menindas terhadap kedua-dua defendan dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah.

Oleh itu, Hakim Hayatul Akmal memerintahkan Aminah selaku plaintif membayar kos RM15,000 kepada setiap defendan dalam masa 14 hari.

Perkara itu disahkan peguam K.Shanmuga yang mewakili Nur Anis dan Ikhwan Hafiz serta peguam Wan Zafran Pawancheek, yang mewakili Aminah.

Berdasarkan pernyataan tuntutan yang difailkan pada 31 Mei tahun lepas, Aminah mendakwa kedua-dua cucunya itu selaku pentadbir bersama atau pentadbir terkini, mempunyai kawalan ke atas wang berjumlah RM21.3 juta dalam akaun Allahyarham Jamaludin di bank tempatan dan asing.

Aminah mendakwa beliau berhak terhadap satu perenam daripada jumlah yang disimpan dalam akaun itu, iaitu RM2.29 juta berdasarkan kaedah faraid.

Dua anak Jamaludin Jarjis berjaya batal saman nenek

Pada 13 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Aminah untuk memasukkan tiga juta unit saham syarikat Rantai Wawasan Sdn Bhd dalam senarai harta pusaka peninggalan Allahyarham Jamaludin.

Bagaimanapun, Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril menolak permohonan Aminah untuk mengisytiharkan bahawa enam juta unit saham dalam syarikat Alpine Motion Sdn Bhd dan dua unit saham dalam syarikat Ivory Insight Sdn Bhd, adalah sebahagian daripada harta pusaka peninggalan Allahyarham.

Dua anak Jamaludin Jarjis berjaya batal saman nenek

Aminah diwakili peguam Pawancheek Merican dan Kamar Ainiah Kamaruzaman manakala peguam S. Suhendran dan Frank Wong mewakili Nur Anis dan Ikhwan.

Dalam saman yang difailkan pada 3 Januari 2019, Aminah mendakwa Nur Anis dan Ikwan Hafiz sebagai pentadbir bersama harta pusaka peninggalan Jamaludin, telah gagal memasukkan saham ketiga-tiga syarikat sebagai harta pusaka dalam senarai aset di dalam surat kuasa mentadbir selepas Allahyarham meninggal dunia pada 4 April 2015, dan juga gagal memasukkan saham itu sebagai liabiliti sejak 6 Julai 2017.

Penyataan tuntutan Aminah mendakwa bahawa kedua-dua defendan berbuat demikian dengan niat untuk menafikan hak dan kepentingannya sebagai waris.

Dua anak Jamaludin Jarjis berjaya batal saman nenek

Aminah mendakwa kedua-dua cucunya juga gagal menyatakan anggaran nilai saham terbabit yang berjumlah RM1,384,312,154 selepas dua setengah tahun Jamaludin meninggal dunia.

Jamaludin, yang juga bekas Ahli Parlimen Rompin, terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor pada 4 April 2015 tanpa meninggalkan wasiat.

Pada 4 April 2015, Jamaludin, yang juga bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, ketika itu berusia 64 tahun, bersama lima lagi maut apabila helikopter yang mereka naiki dari Pekan, Pahang ke Kuala Lumpur, terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada 4.55 petang.

Dua anak Jamaludin Jarjis berjaya batal saman nenek

Turut maut juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier; Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Azlin Alias; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang; pegawai peribadi Jamaludin, Razakan Seran; serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.

Sumber artikel – https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/07/866061/dua-anak-jamaludin-jarjis-berjaya-batal-saman-nenek

Artikel Berkaitan

• Ibu Jamaludin Jarjis dibenar masukkan 3 juta saham dalam senarai harta pusaka
Ibu Allahyarham Jamaludin Jarjis berjaya ketepikan perintah penggantungan bersyarat
• Ibu Jamaludin Jarjis saman Dua anak Jamaludin Jarjis
• Balu Jamaludin Jarjis mohon pinda tuntutan saman harta sepencarian RM1 bilion

Terima kasih kerana sudi membaca artikel Dua anak Jamaludin Jarjis berjaya batal saman nenek

Anda ingin membuat wasiat perniagaan? Sila isikan info di bawah ini

Bilangan Usahawan Yang Telah Di Bantu

1
Sudah Mendapat Khidmat Nasihat Perwarisan Perniagaan
1
Proposal Perancangan Kewangan Lengkap Telah Di Keluarkan

Bilangan Usahawan Yang Telah Di Bantu

1
Hibah Hartanah Bercagar Di Rancang
1
Individu Telah Merancang Pelan Persaraan Rm1,000,000 ketika bersara

Mohd Ibrahim Bin Abu Bakar

Konsultan Perwarisan Perniagaan

AUTOWASAP.COM
AUTOWASAP merupakan kit Automasi Bisnes di Whatsapp meliputi software serta panduan dengan kit utamanya adalah Autowasap Blaster.

Scroll to Top