Fi bagi Pentadbiran Pusaka

Usahawan masih tidak mengetahui berapa Fi bagi Pentadbiran Pusaka. Kos inilah yang wajib sekali kita tahu dan merancang pengurusan agar proses transition saham dari rakan kongsi yang telah meninggal dunia di permudahkan turun kepada waris atau shareholde yang masih hidup.

Apa itu Perwarisan Perniagaan.

https://perwarisanperniagaan.com/apa-itu-perwarisan-perniagaan/

Sebelum kita kupas panjang mengenai Fi bagi Pentadbiran Pusaka, masih saya kongsikan bidang kuasa yang ada di Malaysia ini agar anda mudah faham flow dia

Di Malaysia, terdapat 3 institusi yang mempunyai kuasa mengeluarkan Surat Kuasa Mentadbir iaitu Mahkamah Tinggi Sivil, AmanahRaya dan Unit Pembahagian Pusaka Kecil. AmanahRaya mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Akuan atau Arahan seperti yang dilindungi oleh Akta Perbadanan Amanah Raya 1995.

Fi bagi Pentadbiran Pusaka
Fi bagi Pentadbiran Pusaka

Perwarisan Perniagaan bukan lah dengan hanya menyiapkan surat transfer share dan lantik peguam. Pelbagai kos perlu usahawan faham dalam mentabir dan mendapatkan surat kuasa di mahkamah. Kita perlu allocate siap-siap kos ini jika perkara ini berlaku. Kos-kos seperti pengurusan syarikat perlu juga di allocatekan jika KEYMAN meninggal dunia.

Dalam akta Probate and Administration Act 1959  Section 43 (1) , kos yang boleh di kenakan kepada waris sekitar
2% – 5% yang boleh di kenakan kepada waris. Ada juga syarikat atau individu yang mengenakan sehingga 10% termasuk kos rampaian yang kita tidak tahu.

Contoh pengiraan fi bagi Pentadbiran Pusaka bernilai RM1,000,000 dari laman web Amanah Raya

https://www.amanahraya.my/ms/pentadbiran-pusaka/soalan-lazim-pusaka/

PeratusanButiranRMCatatan
5%Bagi RM25,000 yang pertama1,250(RM25,000 x 5%)
4%Bagi baki yang berikutnya sehingga RM225,0009,000(RM225,000 x 4%)
3%Bagi baki yang berikutnya sehingga RM250,0007,500(RM250,000 x 3%)
2%Bagi baki yang berikutnya sehingga RM500,00010,000(RM500,000 x 2%)
1%Bagi baki selebihnya0
JUMLAH FI (RM)27,750

Mengapa Amanah Raya perlu mengenakan caj fi sedangkan itu adalah duit waris?

Fi yang dikenakan oleh Amanah Raya adalah untuk kerja –kerja yang dijalankan oleh Amanah Raya sebagai pentadbir kepada harta pusaka simati yang melibatkan tugas-tugas pendaftaran aset dan waris-waris, penyiasatan aset dan waris, pengesahan aset dan liabiliti, penghasilan aset-aset, penyelesaian hutang dan liabiliti dan pembahagian harta pusaka kepada waris-waris.
Fi yang dikenakan adalah dibenarkan oleh undang-undang di bawah Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959.

Bolehkah caj fi tersebut ditolak daripada harta pusaka simati?

Boleh sekiranya harta pusaka mempunyai aset berbentuk tunai/duit.

Sekiranya waris tidak membayar fi dan kos yang dikenakan, apakah yang akan berlaku?

Sekiranya tiada aset pusaka berbentuk tunai/duit dan waris enggan/gagal membayar fi dan/atau kos tersebut, fail pentadbiran pusaka akan ditutup dan tiada sebarang pentadbiran ke atas harta pusaka tersebut akan dilakukan sehinggalah fi pentadbiran dan kos-kos berkaitan diselesaikan.

Ada pelbagai cara untuk buat, sebaiknya usahawan berbincang dengan konsultan bagi mendapatkan clear picture berkaitan Perwarisan Perniagaan. Boleh isi info anda di bawah ini:

721

.

.

.

.

DAFTAR TAKLIMAT PERCUMA

.

.

This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Fi bagi Pentadbiran Pusaka

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin