Apabila Berlaku Kematian Kepada Seorang Ahli Perniagaan Yang Memiliki Saham Di Dalam Syarikat, Saham Itu Juga Merupakan Harta Pusaka Dan Berhak Dituntut Oleh Waris-Waris Mengikut Hukum Faraid.
Sedangkan Waris-Waris Ini Mungkin Tiada Pengetahuan Langsung Tentang Perniagaan Dan Mungkin Juga Tidak Pernah Terlibat Langsung Dengan Aktiviti Perniagaan.
Keadaan Ini Akan Menimbulkan Banyak Masalah Dan Perbalahan Yang Pada Jangka Panjangnya Berpotensi Menyebabkan Syarikat Ditutup Atau Terganggu Operasinya.
Pemegang Saham Tersebut Boleh Menghibahkan Saham Perniagaan Mereka Kepada Sesiapa Penerima Hibah Yang Mereka Kehendaki.
Penerima Hibah Ini Boleh Terdiri Dari Anak Yang Dirancang Akan Berfungsi Selaku Pewaris Perniagaan Yang Mungkin Telah Dipilih Atau Dilatih Oleh Pemegang Saham.
Tindakan Hibah Ini Akan Menyebabkan Saham Perniagaan Itu Akan Terkeluar Dari Harta Pusaka Dan Hanya Dimiliki Oleh Penerima Hibah Yang Ditetapkan Sekaligus Mengelakkan Risiko Perbalahan Pada Masa Hadapan.