Ibu Allahyarham Jamaludin berjaya tuntut saham Rantai Wawasan

KUALA LUMPUR: Ibu Allahyarham Jamaludin Jarjis berjaya memasukkan 3,000,000 saham Syarikat Rantai Wawasan milik bekas Ahli Parlimen Rompin itu sebagai sebahagian aset harta pusaka.

Ibu Allahyarham Jamaludin

Keputusan itu selepas Hakim Datuk Seri Mohd Firuz Jaffril membenarkan sebahagian tuntutan Aminah Abdullah, 85, selaku plaintif terhadap dua cucunya iaitu anak sulung Allahyarham, Nur Anis, 34, dan Ikwan Hafiz, 32.

Ibu Allahyarham Jamaludin berjaya tuntut saham semua syarikat

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan Aminah untuk memasukkan saham Syarikat Alpine Motion Sdn Bhd dan Ivory Insights Wawasan Sdn Bhd ke dalam senarai aset dan liabiliti milik Allahyarham.

Terdahulu, Mohd Firuz dalam penghakimannya, berkata berdasarkan keterangan saksi pembelaan, mahkamah bersedia menerima keterangan bahawa kedua-dua saham Syarikat Alpine dan Ivory dibeli untuk manfaat defendan pertama dan kedua.

Katanya, pada 2011 dan 2012, kedua-dua defendan sememangnya terbabit dalam operasi dan pengurusan kedua-dua syarikat berkenaan, di bawah bimbingan Allahyarham.

“Bagaimanapun, situasi bagi saham Syarikat Rantai Wawasan adalah berbeza.

“Ini kerana ia adalah pembabitan pertama kedua-dua defendan selepas Allahyarham meninggal dunia,” katanya.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan sebahagian daripada tuntutan plaintif.

“Tuntutan plaintif untuk deklarasi bahawa saham Rantaian Wawasan adalah sebahagian daripada aset harta pusaka adalah dibenarkan.

“Tuntutan untuk deklarasi bahawa saham Alpine Motion dan Ivory Insights adalah sebahagian daripada aset harta pusaka adalah ditolak,” katanya.

Mahkamah turut memerintahkan defendan-defendan membayar kos RM80,000.

.

.

httpswww.youtube.complaylistlist=PLevU5sXmQh9eVmEvV9opLsx15bea1SLSw

.

“Walaupun Nur Anis, 34, dan Ikwan Hafiz, 32, selaku defendan pertama dan kedua dilantik sebagai pengarah dalam Syarikat Rantai Wawasan, Alpine Motion dan Invory Sights, mereka tidak mempunyai hak ke atas saham syarikat berkenaan.

“Kedua-dua defendan hanyalah pemegang saham berdaftar dan tidak mempunyai sebarang pemiliknya terhadapnya,” katanya pada perbicaraan hari pertama di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Firuz Jaffril.

Mohamad Najeb berkata penstrukturan korporat Syarikat Rantai Wawasan yang dilakukan oleh kedua-dua defendan tidak membabitkan plaintif dan tindakan itu adalah bertentangan dengan kebiasaan Jamaludin dan ibunya, yang mempunyai hubungan sangat rapat.

“Adalah tidak logik untuk Jamaludin berbuat demikian kerana selama ini arwah sangat mengambil berat kebajikan dan kepentingan ibunya, sejak dari kecil sehingga beliau meninggal dunia,” katanya.

Mohamad Najeb berkata pada 11 Mac 2009, kedua-dua defendan, masing-masing menerima saham 2.1 juta dan 900,000 saham dalam Syarikat Rantai Wawasan daripada Syarikat Puncak Inisiatif.

“Selepas kematian Jamaludin pada 4 April 2015, struktur pegangan saham Rantai Wawasan adalah sama seperti 11 Mac 2009,” katanya.

Pada 3 Januari lalu, Aminah memfailkan saman terhadap kedua-dua cucunya dengan mendakwa mereka sebagai pentadbir bersama harta pusaka Jamaludin (si mati), gagal menyenaraikan syer tiga syarikat sebagai aset harta pusaka dalam surat kuasa mentadbir sewaktu kematian si mati pada 4 April 2015 dan gagal memasukkan syer itu dalam tanggungan sejak 6 Julai 2017.

Dalam penyataan tuntutannya, Aminah mendakwa kedua-dua defendan gagal memasukkan syer tiga syarikat iaitu syarikat Rantai Wawasan Sdn Bhd, Alpine Motion Sdn Bhd dan Ivory Insight Wawasan Sdn Bhd dengan tujuan menafikan hak dan kepentingan plaintif sebagai benefisiari harta pusaka si mati.

Plaintif juga mendakwa kedua-dua cucunya gagal menyatakan anggaran nilai bagi setiap satu syer tiga syarikat itu yang bernilai RM1,384,312,154, dua tahun enam bulan selepas kematian Jamaludin, dan gagal memberi maklumat berhubung dengan harta pusaka sebelum plaintif melantik peguam syarie dan peguamcara untuk bertindak bagi pihak plaintif.

Kedua-dua defendan juga didakwa gagal memasukkan sebuah apartmen di Amerika Syarikat dengan anggaran nilai RM10 juta ke dalam senarai aset yang dilampirkan bersama surat pentadbiran dan gagal memaklumkan kepada plaintif bahawa beliau sudah memperoleh sijil faraid bagi harta pusaka daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada 6 Oktober 2016.

Jamaludin terkorban dalam nahas helikopter di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Selangor pada 4 April 2015.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Aminah, mendakwa kedua-dua defendan sebagai pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham gagal memasukkan sebahagian saham dari tiga buah syarikat ke dalam senarai aset dan liabiliti milik Allahyarham.

Syarikat berkenaan adalah Rantai Wawasan Sdn Bhd, Alpine Motion Sdn Bhd dan Ivory Insights Wawasan Sdn Bhd.

Plaintif mendakwa sebagai ibu kandung yang sah dan waris kepada Jamaludin, beliau mempunyai kepentingan di dalam harta pusaka.

Beliau mendakwa kedua-dua cucunya itu gagal memasukkan ke dalam senarai aset dan liabiliti harta Jamaludin (si mati) iaitu 3,000,000 saham syarikat Rantai Wawasan; 6,000,000 saham dalam syarikat Alpine Motion dan dua saham dalam syarikat Ivory Insights Wawasan.

Plaintif mendakwa kedua-dua defendan sebagai pentadbir bersama harta pusaka si mati gagal memasukkan saham tiga syarikat itu ke dalam senarai aset di dalam Surat Kuasa Mentadbir.

Apa itu Perwarisan Perniagaan

https://perwarisanperniagaan.com/apa-itu-perwarisan-perniagaan/

Menurutnya, kegagalan memasukkan saham itu ke dalam Senarai Aset dan Tanggungan sejak 6 Julai 2017 (Tarikh Surat Kuasa Mentadbir diberikan), adalah salah dan tidak wajar.

Beliau turut mendakwa, kegagalan itu adalah bertujuan untuk menafikan hak dan kepentingan plaintif sebagai benefisiari harta pusaka si mati.

Plaintif juga mendakwa terdapat beberapa maklumat tidak didedahkan kepadanya iaitu apartmen yang dimiliki Allahyarham di Boston, Amerika Syarikat bernilai RM10 juta.

12 Perkara Waris Perlu Hadapi Apabila Pemilik Syarikat Atau Keyman Meninggal Dunia

https://perwarisanperniagaan.com/12-perkara-waris-perlu-hadapi/

Sehubungan itu, Aminah menuntut kedua-dua defendan memindah milik saham tiga syarikat itu kepada pentadbir bersama harta pusaka.

Beliau juga menuntut pentadbir bersama harta pusaka meminda senarai aset di dalam geran surat kuasa dengan memasukkan saham yang dituntut serta mengakaunkan dividen, bonus, keuntungan dan isu terbitan dalam tiga syarikat kepada beliau.

Sumber rasmi Berita Harian – https://www.bharian.com.my/amp/berita/kes/2021/08/850879/ibu-allahyarham-jamaludin-berjaya-tuntut-saham-rantai-wawasan dan https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/08/596447/anak-jamaludin-jarjis-tidak-pernah-urus-syarikat

.

.

DAFTAR TAKLIMAT PERCUMA

.

.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Ibu Allahyarham Jamaludin berjaya tuntut saham Rantai Wawasan

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin