Kerajaan ringankan beban kewangan PKS – Perusahaan Kecil dan Sederhana

PMO

Kerajaan ringankan beban kewangan PKS – Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) Tambahan bernilai RM10 bilion bagi meringankan beban kewangan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), selain memastikan mereka mendapat manfaat sepenuhnya daripada semua bantuan sebelum ini.

Kerajaan ringankan beban kewangan PKS

Kerajaan ringankan beban kewangan PKS

Kerajaan ringankan beban kewangan PKS
PKS

Medical Card AIA Takaful

PKS
PKS
PKS
PKS

Dalam usaha meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat wabak COVID-19,  Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan beberapa langkah tambahan untuk menyokong PKS dan individu.

A. Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Bagi Membantu PKS yang Terjejas, Mengekalkan Pekerjaan dan Menyokong Pertumbuhan

BNM menambah baik kemudahan pembiayaan yang sedia ada di bawah Tabung BNM untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (Tabung) serta meningkatkan peruntukan kemudahan-kemudahan tersebut sebanyak RM4.0 bilion kepada RM13.1 bilion. Penambahbaikan ini bertujuan menyediakan bantuan kepada lebih banyak PKS supaya mereka dapat meneruskan perniagaan dan mengekalkan pekerjaan, serta menyokong pertumbuhan ekonomi negara.  

Penambahbaikan terhadap Tabung ini adalah seperti yang berikut:  

  1. Penambahan peruntukan kepada Kemudahan Bantuan Khas (SRF), daripada RM2 bilion kepada RM5 bilion bagi membantu lebih banyak PKS yang terjejas akibat wabak COVID-19. Kadar pembiayaan maksimum kini diturunkan daripada 3.75% setahun kepada 3.5% setahun. Permohonan untuk SRF yang ditambah baik ini dibuka sehingga 31 Disember 2020.
  2. Peruntukan tambahan kepada Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES), daripada RM5.8 bilion kepada RM6.8 bilion, bagi meningkatkan akses PKS kepada pembiayaan dan menyokong pertumbuhan. Kadar pembiayaan maksimum dikurangkan daripada 8% setahun kepada 7% setahun.

Selain kemudahan di atas, PKS juga boleh memohon 3 kemudahan lain di bawah Tabung itu, iaitu Kemudahan Automasi dan Digital (ADF), Kemudahan Agromakanan (AF), dan Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF). Ciri-ciri terperinci kemudahan di bawah Tabung ini adalah seperti di Lampiran.
PKS yang berminat boleh memohon pembiayaan dengan menelefon atau menghantar e-mel kepada institusi kewangan peserta (PFI), atau melawat platform rujukan pembiayaan perniagaan di imsme.com.my. PFI terdiri daripada bank perdagangan, bank-bank Islam dan institusi kewangan pembangunan yang dikawal selia oleh BNM. PKS juga boleh memohon skim BizMula-i dan BizWanita-i yang disediakan oleh Credit Guarantee Corporation (CGC) bagi pembiayaan sehingga RM300,000.

Institusi kewangan peserta juga boleh mendapatkan perlindungan jaminan daripada CGC atau Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) bagi kemudahan-kemudahan tersebut.

SRF, AF dan ADF telah diumumkan sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi pertama pada 27 Februari 2020. Sejak kemudahan tersebut dibuka untuk permohonan pada 6 Mac 2020, institusi kewangan peserta telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM119 juta kepada 196 PKS, dengan kadar kelulusan sebanyak 84%.

Institusi kewangan peserta akan terus memproses permohonan yang diterima di bawah kesemua Kemudahan ini, walaupun akan berlaku sedikit kelewatan dalam proses penilaian permohonan dan pengeluaran pembiayaan disebabkan oleh kekangan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

Anda sedang mencari Medical Card UNLIMITED COVERAGE?

Baca artikel
X
Scroll to Top
%d bloggers like this: