Meniaga Bersama Adik Beradik

Kisah meniaga bersama adik beradik biasa kita di jumpa di Malaysia ini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribun terima kasih kerana masih terus membaca artikel dari Perwarisan Perniagaan

Meniaga bersama adik beradik ni bagus. Tetapi apa kesan dia ye? Bukan lah jenis perniagaan ini merbahaya.

Anda sebagai usahawan wajib tau dan flow process Pewarisan Perniagaan selepas ini.

Meniaga bersama adik beradik ni bagus. Sebab orang yang paling kita percaya adalah keluarga kita sendiri.

Nak buat keputusan pun mudah bila meniaga bersama adik beradik.

Minggu lepas saya berjumpa dengan seorang pemilik restoran. Perniagaan ini di jalankan bersama dengan kak Long beliau.

Umur mereka saya kira dalam lingkungan 30an tapi sudah mempunyai rangkaian restoran yang besar.

Meniaga Bersama Adik Beradik
Gambar sumber google

Beliau memaklumkan mereka mempunyai 6 rangkain western food sekitar Lembah Klang.

Sales sehari bagi sebuah kedai sekitar RM3000 dan adakala mencecah RM6000 sehari.

.

Usahawan Perlu Buka DPF Akaun (Director Provident Fund) – Baca artikel

.

Saya pun bertanya bagaimana mereka memulakan perniagaan. Ianya berpunca apabila beliau singgah ke sebuah restoran Western di sekitar Lembah Klang.

Ramai orang melayu singgah ke kedai ini dan beliau perhatikan pemilik restoran ini bukannya milik orang Islam.

Orang Melayu Islam berpusu-pusu makan di kedai ini dan mereka tidak mengendahkan halal haram.

Tokey suka meletakkan meja di atas jalan raya dan akan blok tempat meletak kereta.

Jika kedai sekitarnya tutup, tokey ini akan meletakkan meja plastik biru bagi memberikan ruang kepada pelanggan baru datang untuk duduk dan makan.

Kehidupan kita hari ini yang dihidangkan dengan pelbagai barang makanan, minuman dan barang gunaan menuntut kita berwaspada dan berhati-hati dalam mengguna barangan tersebut kerana masalah halal dan selamat.

Justeru itu, kewajipan menggunakan makanan dan barangan halal lagi baik amat penting dalam kehidupan kita seharian.

Allah SWT menjelaskan berhubung perkara ini di dalam surah al-Baqarah ayat 168:

Maksudnya: ” Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. “

Umat Islam dituntut supaya mencari yang halal. Mencari yang halal itu adalah wajib.

Maknanya umat Islam disuruh mencari kalau ia makanan dan minuman carilah yang benar-benar halal lagi baik, yakni suci, bersih dan berkhasiat.

Begitu juga untuk mencari dan memilih restoran, kedai makan dan gerai makan makan carilah dan pilihlah yang benar-benar dijamin halalnya, bersih, kemas dan menyenangkan selera.

Ini selaras dengan anjuran Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

“Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam”. (HR Ibnu Abdil-Barr)


Dari situ beliau berhasrat membuka restoran western yang halal dan patuh Syariah dan meniaga bersama adik beradik .

Meniaga bersama adik beradik ni mudah sedikit, sebab percaya itu lebih dari meniaga bersama orang yang tidak di kenali

Dengan bermodalkan RM100k, mereka membuka restoran yang pertama di Shah Alam dan selepas berapa tahun, mereka membuka lagi beberapa restoran dan sehingga hari ini mereka mempunyai 6 restoran.

Saya seperti biasa akan menerangkan berkaitan pewarisan perniagaan. Dan hala tuju saham syarikat apabila rakan kongsi meninggal dunia.

10 Best Halal Restaurants in Kuala Lumpur

Soalan saya berbunyi, jika kak Long meninggal dunia. Abang nak berniaga bersama suami kak Long ke?

Dia terdiam sekejap. Kalau dia jawab Ya, bayangkan abang ipar datang setiap hari ke kedai menjenguk dan bertanya mengenai jualan harian.

Jika TIDAK, bagaimana nak menerangkan kepada abg ipar bab-bab saham syarikat ini.

Selepas 20 saat beliau berkata TIDAK. Ujar beliau lagi, Abg Ipar tiada kepakaran dalam perniagaan dan tiada hak di dalam syarikat ini.

Saya tersenyum. Buat pengetahuan Tuan, Abg Ipar ada hak kerana bahagian faraid Kak Long. Kita tidak boleh nafikan hak faraid mereka.

Sekarang ini, Tuan nak selesaikan macam mana?

Ada orang kata adik beradik yang sama-sama berniaga tidak perlu membuat perjanjian perniagaan.

Saya mula bertanya soalan-soalan yang menimbulkan kerisauan kepada beliau.

– Siapa yang akan menjalankan perniagaan ini sekiranya rakan kongsi/pemilik meninggal dunia

– Adakah syarikat akan menjaga keluarga pemilik ini setelah beliau tiada di dunia lagi.

– Jika pengusaha ini lumpuh ataupun sudah tidak mampu bekerja, adakah perniagaan akan menjaga keluarganya?

Beliau terdiam sekejap. Saya menghirup air sirap yang baru di order sejam yang lepas.

Beliau bertanya bagaimana nak selesaikan masalah ini?

Saya senyum dan mengambil sehalai kertas A4 dan saya conteng di atasnya bagaimana cara yang sesuai untuk di lakukan.

Banyak pemilik perniagaan masih belum membuat Perwarisan Perniagaan yang sempurna. Masing-masing masih lagi based on trust dan tiada hala tuju perniagaan.

Di bawah ini saya berkongsi video tentang perniagaan yang di jalankan oleh adik-beradik.

Jika anda berminat dengan servis kami,
sila click -> www.perwarisanperniagaan.wasap.my

kami akan menjawab soalan anda dengan kadar segera!

.


X
Scroll to Top
%d bloggers like this: