Meniaga Bersama Adik Beradik

Meniaga Bersama Adik Beradik

Kisah meniaga bersama adik beradik biasa kita di jumpa di Malaysia ini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribun terima kasih kerana masih terus membaca artikel dari Perwarisan Perniagaan

Meniaga Bersama Adik Beradik

8 Perancangan Awal Perwarisan Perniagaan

Saya kongsikan dahulu 8 perkara perlu di buat jika anda ingin merancang Perwarisan Perniagaan

  • Cara Melantik Wasi dan Pentadbir dari awal
  • Membuat analisa samada perniagaan boleh di wariskan atau tidak
  • Merangka keperluan perjanjian pemegang saham
  • Kepentingan Keyman Polisi dalam Buy Back Share daripada waris-waris jika memerlukan
  • Melihat samada keperluan permindahan saham menggunakan civil atau syariah
  • Melihat samada waris faraid kritikal atau tidak
  • Menyediakan solusi berkesan bagi jenis perniagaan iaitu Business Family dan Non Family Business.
  • Menyediakan funding mechanism yang akan bantu bayar overhead 24 bulan

.

Meniaga bersama adik beradik ni bagus. Tetapi apa kesan dia ye? Bukan lah jenis perniagaan ini merbahaya.

Anda sebagai usahawan wajib tau dan flow process Pewarisan Perniagaan selepas ini.

Meniaga bersama adik beradik ni bagus. Sebab orang yang paling kita percaya adalah keluarga kita sendiri.

.

Nak buat keputusan pun mudah bila meniaga bersama adik beradik.

Minggu lepas saya berjumpa dengan seorang pemilik restoran. Perniagaan ini di jalankan bersama dengan kak Long beliau.

Umur mereka saya kira dalam lingkungan 30an tapi sudah mempunyai rangkaian restoran yang besar.

.

Beliau memaklumkan mereka mempunyai 6 rangkain western food sekitar Lembah Klang.

Sales sehari bagi sebuah kedai sekitar RM3000 dan adakala mencecah RM6000 sehari.

.

Saya pun bertanya bagaimana mereka memulakan perniagaan. Ianya berpunca apabila beliau singgah ke sebuah restoran Western di sekitar Lembah Klang.

Ramai orang melayu singgah ke kedai ini dan beliau perhatikan pemilik restoran ini bukannya milik orang Islam.

Orang Melayu Islam berpusu-pusu makan di kedai ini dan mereka tidak mengendahkan halal haram.

Tanda ini tidak bererti kedai itu menyediakan makanan yang halal ye!

.

Tokey suka meletakkan meja di atas jalan raya dan akan blok tempat meletak kereta.

Jika kedai sekitarnya tutup, tokey ini akan meletakkan meja plastik biru bagi memberikan ruang kepada pelanggan baru datang untuk duduk dan makan.

Kehidupan kita hari ini yang dihidangkan dengan pelbagai barang makanan, minuman dan barang gunaan menuntut kita berwaspada dan berhati-hati dalam mengguna barangan tersebut kerana masalah halal dan selamat.

.

Justeru itu, kewajipan menggunakan makanan dan barangan halal lagi baik amat penting dalam kehidupan kita seharian.

Allah SWT menjelaskan berhubung perkara ini di dalam surah al-Baqarah ayat 168:

Maksudnya: ” Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. “

.

Umat Islam dituntut supaya mencari yang halal. Mencari yang halal itu adalah wajib.

Maknanya umat Islam disuruh mencari kalau ia makanan dan minuman carilah yang benar-benar halal lagi baik, yakni suci, bersih dan berkhasiat.

Begitu juga untuk mencari dan memilih restoran, kedai makan dan gerai makan makan carilah dan pilihlah yang benar-benar dijamin halalnya, bersih, kemas dan menyenangkan selera.

.

Ini selaras dengan anjuran Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:

“Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam”. (HR Ibnu Abdil-Barr)

.

Dari situ beliau berhasrat membuka restoran western yang halal dan patuh Syariah dan meniaga bersama adik beradik .

Meniaga bersama adik beradik ni mudah sedikit, sebab percaya itu lebih dari meniaga bersama orang yang tidak di kenali

Dengan bermodalkan RM100k, mereka membuka restoran yang pertama di Shah Alam dan selepas berapa tahun, mereka membuka lagi beberapa restoran dan sehingga hari ini mereka mempunyai 6 restoran.

Saya seperti biasa akan menerangkan berkaitan pewarisan perniagaan. Dan hala tuju saham syarikat apabila rakan kongsi meninggal dunia.

10 Best Halal Restaurants in Kuala Lumpur

Soalan saya berbunyi, jika kak Long meninggal dunia. Abang nak berniaga bersama suami kak Long ke?

Dia terdiam sekejap. Kalau dia jawab Ya, bayangkan abang ipar datang setiap hari ke kedai menjenguk dan bertanya mengenai jualan harian.

Jika TIDAK, bagaimana nak menerangkan kepada abg ipar bab-bab saham syarikat ini.

Selepas 20 saat beliau berkata TIDAK. Ujar beliau lagi, Abg Ipar tiada kepakaran dalam perniagaan dan tiada hak di dalam syarikat ini.

Saya tersenyum. Buat pengetahuan Tuan, Abg Ipar ada hak kerana bahagian faraid Kak Long. Kita tidak boleh nafikan hak faraid mereka.

Sekarang ini, Tuan nak selesaikan macam mana?

Ada orang kata adik beradik yang sama-sama berniaga tidak perlu membuat perjanjian perniagaan.

.

Saya mula bertanya soalan-soalan yang menimbulkan kerisauan kepada beliau.

  • – Siapa yang akan menjalankan perniagaan ini sekiranya rakan kongsi/pemilik meninggal dunia
  • – Adakah syarikat akan menjaga keluarga pemilik ini setelah beliau tiada di dunia lagi.
  • – Jika pengusaha ini lumpuh ataupun sudah tidak mampu bekerja, adakah perniagaan akan menjaga keluarganya?

.

Beliau terdiam sekejap. Saya menghirup air sirap yang baru di order sejam yang lepas.

Beliau bertanya bagaimana nak selesaikan masalah ini?

Saya senyum dan mengambil sehalai kertas A4 dan saya conteng di atasnya bagaimana cara yang sesuai untuk di lakukan.

Banyak pemilik perniagaan masih belum membuat Perwarisan Perniagaan yang sempurna. Masing-masing masih lagi based on trust dan tiada hala tuju perniagaan.

Di bawah ini saya berkongsi video tentang Meniaga Bersama Adik Beradik

Jika anda berminat dengan solusi perwarisan perniagaan, sila tinggalkan info anda di bawah ini:-

Konsultasi Perwarisan Perniagaan

.

.

Sources

  1. 5 Reasons Why AIA Group Medical Takaful is Essential for Companies – (https://www.linkedin.com/pulse/5-reasons-why-aia-group-medical-takaful-essential-companies)
  2. AIA Takaful Group Hospitalization Term Benefits – (https://www.linkedin.com/pulse/aia-takaful-group-hospitalization-term-benefits-mig-advisory/)
  3. Benefits of AIA Takaful Group Hospitalization for Small and Medium Enterprises – (https://www.linkedin.com/pulse/benefits-aia-takaful-group-hospitalization-small-medium-bakar/)
  4. Comprehensive Guide to AIA Takaful Group Medical and Hospitalizations – (https://www.linkedin.com/pulse/comprehensive-guide-aia-takaful-group-medical-hospitalizations)
  5. 7 Reasons Why AIA Medical Card Comprehensive Health Takaful is the Best Medical Card in Malaysia 2023 – (https://perwarisanperniagaan.com/7-reasons-why-aia-medical-card-comprehensive-health-takaful-is-the-best-medical-card-in-malaysia-2023/)
  6. 8 Reasons Why You Need AIA Takaful Medical Card – (https://perwarisanperniagaan.com/8-reasons-why-you-need-aia-takaful-medical-card/)
  7. AIA GHS Takaful – (https://perwarisanperniagaan.com/aia-ghs-takaful/)
  8. AIA Group Medical Takaful – (https://perwarisanperniagaan.com/aia-group-medical-takaful/)
  9. AIA Medical Card Comprehensive Plan – (https://perwarisanperniagaan.com/aia-medical-card-comprehensive-plan/)
  10. AIA Takaful Corporate Solutions – (https://perwarisanperniagaan.com/aia-takaful-corporate-solutions/)
  11. AIA Takaful Group Hospitalization and AIA Takaful Group Term Benefits – (https://perwarisanperniagaan.com/aia-takaful-group-hospitalization-and-aia-takaful-group-term-benefits/)
  12. AIA Takaful Group Medical – (https://perwarisanperniagaan.com/aia-takaful-group-medical/)
  13. Benefits of AIA Takaful Group – (https://perwarisanperniagaan.com/benefits-of-aia-takaful-group/)
  14. Kebaikan Group Medical AIA – (https://perwarisanperniagaan.com/kebaikan-group-medical-aia/)
  15. The Benefits of AIA Takaful Group – (https://perwarisanperniagaan.com/the-benefits-of-aia-takaful-group/)
  16. Why You Need AIA Takaful Medical Card – (https://perwarisanperniagaan.com/why-you-need-aia-takaful-medical-card/)
  17. AIA Group Hospitalization and Surgical: Comprehensive Coverage and Benefits – (https://www.linkedin.com/pulse/aia-group-hospitalization-surgical-comprehensive-coverage)
  18. AIA Takaful Group Hospitalization Term Benefits – https://www.linkedin.com/pulse/aia-takaful-group-hospitalization-term-benefits-mig-advisory/
  19. Benefits of AIA Takaful Group Hospitalization for Small and Medium Enterprises – https://www.linkedin.com/pulse/benefits-aia-takaful-group-hospitalization-small-medium-bakar/
  20. AIA Employee Benefits – https://www.aia.com.my/en/our-products/employee-benefits.html
  21. 5 Reasons Why AIA Group Medical Takaful is Essential for Companies in Malaysia – https://www.linkedin.com/pulse/5-reasons-why-aia-group-medical-takaful-essential-companies-bakar/
  22. AIA CLAIM GUIDES – https://www.aia.com.my/en/help-support/claims-and-support/hospitalisation-corp.html
  23. AIA Total Corporate Solutions – https://www.aia.com.my/en/our-products/employee-benefits/total-corporate-solutions.html
  24. AIA Total SME Solution – https://www.aia.com.my/en/our-products/employee-benefits/total-sme-solutions.html
  25. AIA Mental Health Solution – https://www.aia.com.my/en/our-products/employee-benefits/mental-health-solutions.html
  26. The Benefits of AIA Takaful Group Hospitalization – https://www.majalah.com/?classified.the-benefits-of-aia-takaful-group-hospitalization-for-small-and-medium-enterprises-smes.GSC3JWXG9Z
  27. AIA Group Hospitalization and Surgical (GHS) Insurance for Companies and Organizations – https://perwarisanperniagaan.com/aia-group-hospitalization-and-surgical-2/
  28. Challenges Faced By High Net Worth Individuals in Managing Capital Statements and Tax Compliance – https://www.majalah.com/?classified.challenges-faced-by-high-net-worth-individuals-in-managing-capital-statements-and-tax.GTR3Y5LLN5
  29. Apa itu Penyata Modal atau Capital Statement – https://perwarisanperniagaan.com/penyata-modal-atau-capital-statement/
  30. Capital Statement From LHDN – https://perwarisanperniagaan.com/capital-statement-from-lhdn/
  31. High Net-Worth Individuals and Capital Statements for Tax in Malaysia – https://perwarisanperniagaan.com/capital-statement/
  32. Majalah.com – Capital Statement From Lhdn – https://www.majalah.com/?classified.capital-statement-from-lhdn.GTR3YF26BB
  33. Majalah.com – Apa Itu Penyata Modal atau Capital Statement – https://www.majalah.com/?classified.apa-itu-penyata-modal-atau-capital-statement.GTR3YJZWW5
  34. Medical Card AIA – https://perwarisanperniagaan.com/medical-card-aia/
  35. MMU Portal Berkaitan Perwarisan Perniagaan – https://alumni.mmu.edu.my/directory/pewarisan-perniagaan-business-succession-planning/

.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Meniaga Bersama Adik Beradik

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin