...

Pelan Hibah A-Life Legasi Takaful NON MEDICAL CHECKUP sehingga RM4,000,000

Qries

A-Life Legasi adalah pelan Takaful Keluarga yang memastikan orang yang anda sayangi boleh terus mencapai harapan dan mimpi mereka. Ianya memberi ganjaran ke atas perjalanan hidup anda dan dalam masa yang sama juga melindungi orang tersayang demi masa depan mereka. Tinggalkan legasi anda bersama yang terhebat.

Legasi bermakna pemberian yang diwarisi daripada generasi sebelum ini. Legasi yang ditinggalkan sering kali dikaitkan dengan pengakhiran, tetapi sebenarnya, ia adalah permulaan era baru yang terjamin. Legasi ditakrifkan sebagai kenangan yang dikongsi, keputusan yang dibuat, serta tindakan yang diambil oleh mereka dari generasi sebelum ini sebagai persediaan untuk masa akan datang. Ianya merupakan tindakan yang diambil dalam memastikan orang yang kita sayangi bersedia untuk menghadapi cabaran hidup serta menjamin masa depan generasi kita yang seterusnya.

APA YANG A-LIFE LEGASI SEDIAKAN?

PERLINDUNGAN SEHINGGA 600% UNTUK KEMATIAN AKIBAT KEMALANGAN
Kami akan membayar dua kali ganda jumlah perlindungan jika anda mati akibat kemalangan, tiga kali ganda jika kemalangan berlaku dalam pengangkutan awam dan enam kali ganda jika anda mati akibat bencana alam.

PILIHAN UNTUK TEMPOH PERLINDUNGAN DAN TEMPOH CARUMAN
Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih panjang tempoh perlindungan dan tempoh caruman anda, bergantung pada komitmen dan aspirasi kewangan anda untuk orang yang anda sayangi.

DAPATKAN GANJARAN UNTUK PENGURUSAN KEWANGAN ANDA YANG BAIK
Kami akan kreditkan peratusan caruman tahunan anda setiap 2 tahun ke dalam dana yang dipanggil Akaun Legasi, selagi anda membayar caruman anda pada masanya, sehingga 3% daripada caruman tahunan anda. Jika anda kekal membayar caruman anda tepat pada masanya, jumlah tambahan sehingga 15% daripada nilai akaun anda dalam Dana Akaun Peserta akan dibayar kepada Akaun Legasi anda. Faedah ini akan dibayar daripada dana Pengendali Takaful sebagai hibah (hadiah).

PERLINDUNGAN KETIKA HAJI DAN UMRAH
Kami akan membayar 200% daripada jumlah dilindungi jika anda mati semasa melakukan Haji atau Umrah.

RAIKAN PENCAPAIAN HIDUP ANDA
Meraikan peristiwa penting dapat memberi kita perasaan yang luar biasa. Dengan ciri Akaun Legasi, kami akan membayar sehingga 50% dari amaun dalam Akaun Legasi sekiranya anda lulus dari institusi pengajian tinggi, berkahwin, mempunyai anak, membeli rumah pertama anda, meraikan ulang tahun perkahwinan anda, bersara pada usia 60 tahun dan banyak lagi.

DAPATKAN LEBIH GANJARAN BERSAMA AIA VITALITY
Selagi anda mengekalkan kesihatan anda bersama AIA Vitality, anda akan menikmati amaun tambahan yang akan dibayar kepada anda setiap tahun, sehingga 10% daripada jumlah semasa anda yang terkumpul Akaun Legasi. Pada masa yang sama, anda boleh menikmati tambahan 30% daripada Akaun Legasi yang terkumpul yang akan dibayar kepada anda atas pencapaian hidup anda.

KONGSIKAN LEGASI ANDA KEPADA KOMUNITI
Tiada perasaan yang lebih baik daripada perbuatan memberi, terutama memberi dan membantu mereka yang memerlukan – dengan A-Plus Infaq yang dilampirkan, kami akan membayar jumlah dilindungi rider ini kepada organisasi amal yang anda pilih sekiranya anda meninggal dunia atau mengalami Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal.

Apakah manfaat-manfaat pelan Hibah Takaful A-Life Legasi?

  • 100% dari amaun perlindungan atau nilai akaun1 akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal2.
  • 200% dari amaun perlindungan atau nilai akaun1 akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia akibat kemalangan.
  • 200% dari amaun perlindungan atau nilai akaun1 akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia semasa melaksanakan Haji
  •  200% dari amaun perlindungan atau nilai akaun1 akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia semasa melaksanakan Haji
  • 300% dari amaun perlindungan atau nilai akaun1 akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia akibat kemalangan semasa anda menggunakan pengangkutan awam3.
  • 600% dari amaun perlindungan atau nilai akaun1 akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia akibat kemalangan berpunca akibat bencana alam3.
  • Sekiranya anda mengambil pelan ini untuk anak anda dan apabila anda meninggal dunia akibat kemalangan, kami akan membayar tambahan 100% dari jumlah perlindungan kepada Dana Pelaburan Peserta anda bagi tujuan simpanan pendidikan anak anda.Bermakna jika coverage anak anda RM1 Juta, kami akan masukkan RM1 Juta sebagai simpanan pendidikan anak anda.

Anda boleh menyesuaikan keperluan perlindungan anda dengan
menambah faedah pilihan yang berikut:

  • A-Plus CriticalExtra-i – faedah tambahan akan dibayar kepada anda sekali gus apabila disahkan menghidap penyakit kritikal.
  • A-Plus Waiver-i – caruman tetap akan diketepikan sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal.
  • A-Plus ParentWaiver-i – caruman tetap bagi pelan anak anda akan diketepikan sehingga beliau berumur 25 tahun, sekiranya anda meninggal dunia, menderita Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) atau di diagnosis dengan penyakit kritikal.
  • A-Plus Saver-i9 – aruman yang diperuntukkan akan dilaburkan untuk meningkatkan simpanan anda.
  • Anda juga boleh memaksimumkan nilai pelaburan anda dengan caruman tokokan9 hanya selepas pengeluaran sijil anda. 

A-Life Legasi, A-Plus Waiver-i –

Caruman tetap akan diketepikan sekiranya disahkan menghidap penyakit kritikal.

A-Life Legasi, A-Plus ParentWaiver-i

Caruman tetap bagi pelan anak anda akan diketepikan sehingga beliau berumur 25 tahun, sekiranya anda meninggal dunia, menderita Hilang Upaya Menyeluruh dan Kekal (HUMK) atau di diagnosis dengan penyakit kritikal.

A-Life Legasi, A-Plus Saver-i9

Caruman yang diperuntukkan akan dilaburkan untuk meningkatkan simpanan anda.
Anda juga boleh memaksimumkan nilai pelaburan anda dengan caruman tokokan9 hanya selepas pengeluaran sijil anda. 

A-Life Legasi, A-Plus CriticalExtra-i

Faedah tambahan akan dibayar kepada anda sekali gus apabila disahkan menghidap penyakit kritikal.

.

.

.

This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Pelan Hibah A-Life Legasi Takaful NON MEDICAL CHECKUP sehingga RM4,000,000

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin
Seraphinite AcceleratorBannerText_Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.