Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Selama 6 Bulan (Automatik) Akibat Covid-19

ringgit perwarisan perniagaan 2

20 bank menawarkan penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan akibat penularan wabak COVID-19.

Ia langkah tambahan BNM untuk mengurangkan beban perniagaan dan isi rumah yang dijangka terkesan oleh penularan COVID-19.Bank Negara Malaysia (BNM) membenarkan pelanggan perbankan, termasuk individu dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menangguhkan pembayaran balik pinjaman sedia ada, termasuk gadai janji dan sewa beli, untuk tempoh enam bulan secara automatik berkuat kuasa bermula 1 April ini.

Kepentingan KEYMAN Takaful untuk perniagaan

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Bank Selama 6 Bulan

Dalam satu surat kepada pengurusan kanan institusi kewangan yang dilihat oleh BH hari ini, BNM berkata moratorium automatik itu akan berkuat kuasa mulai 1 April ini.

“Institusi perbankan perlu menyediakan individu dan peminjam PKS dengan maklumat yang mencukupi mengenai bagaimana pembayaran pinjaman dan pembiayaan yang ditangguhkan akan dilaksanakan dalam tempoh itu,” kata bank pusat itu.

.


Malah, ramai juga belum faham dan bertanya kepada kami apa itu moratorium dan bagaimana nak buat untuk tangguh bayaran. Bagi memudahkan semua, maka kami buat satu artikel edisi mudah faham tentang cara pengangguhan bayaran pinjaman Bank akibat Covid-19.

Kepada pemohon yang diberikan notis cuti tanpa gaji, anda boleh memohon bantuan kewangan RM600 sebulan melalui PERKESO. 

MORATORIUM Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman

1. APAKAH MORATORIUM?

Penangguhan bayaran balik pinjaman bank, atau dikenali sebagai moratorium, bertujuan meringankan beban peminjam yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan Kerajaan, baru-baru ini.

Tiada sebarang caj, penalti atau denda dikenakan sepanjang proses moratorium. Ini bermakna anda tidak perlu membayar ansuran bulanan kereta atau rumah sepanjang tempoh enam bulan. Antara bank yang terlibat ialah:

  • Bank Rakyat
  • SME Bank
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • Bank Simpanan Nasional
  • Public Bank / Public Islamic Bank
  • Agro Bank
  • Hong Leong Bank
  • Bank Muamalat
  • HSBC Amanah
  • Affin Bank
  • OCBC
  • TEKUN
  • AmBank
  • Bank Pembangunan Malaysia Berhad
  • Bank Islam
  • MBSB Bank
  • Alliance Bank
  • Standard Chartered Saadiq
  • RHB Bank

2. APA JENIS PINJAMAN BOLEH MINTA TANGGUH?

Antara produk yang dibenarkan penangguhan hanyalah:

  • Pembiayaan peribadi
  • Pinjaman rumah
  • Sewa beli kereta
  • Kad kredit
  • Pinjaman SME
  • Overdraft

3. AEON CREDIT BOLEH MINTA TANGGUH PINJAMAN?

Tidak boleh. Harus bayar seperti biasa.

4. SAYA TERSENARAI DALAM AGENSI KAUNSELING DAN PENGURUSAN KRESIT (AKPK), ADAKAH LAYAK?

Ya, anda juga layak menikmati penangguhan pinjaman secara automatik. Penangguhan ini berkuatkuasa April sehingga September 2020.

Terima kasih kepada pihak bank penangguhan bayaran balik pinjaman selama 6 bulan akibat penularan wabak COVID-19.

5. APAKAH DOKUMEN DIPERLUKAN?

Tiada sebarang dokumen diperlukan kerana ia adalah automatik (kecuali kad kredit). Hanya stay at home!

6. MACAM MANA NAK TAHU SAYA LAYAK ATAU TAK?

Sekiranya anda tidak mempunyai tunggakkan melebihi 90 hari pada 1 April 2020, maka anda adalah layak menikmati penangguhan ini. Untuk pinjaman kad kredit, anda perlu menghubungi bank untuk minta penangguhan.

7. BAGAIMANA JIKA SAYA SUDAH ADA TUNGGAKAN MELEBIHI 90 HARI SEBELUM INI?

Peminjam dinasihati supaya menghubungi bank untuk mendapatkan bantuan.

8. KEWANGAN SAYA STABIL DAN TAK MAHU PENANGGUHAN, APA PERLU SAYA LAKUKAN?

Anda perlu menghubungi bank jika ingin memilih untuk tidak menyertai pakej penangguhan automatik ini. Atau boleh membuat pembayaran sepenuhnya pada tepat pada masanya.

9. ADAKAH SAYA AKAN DIKENAKAN FAEDAH ATAU TAMBAHAN BAYARAN JIKA AMBIL PENANGGUHAN BAYARAN PINJAMAN?

Bagi pinjaman konvensional, faedah akan terus dikenakan ke atas baki tertunggak yang merangkumi pinjaman pokok dan faedah (iaitu terkompaun) semasa tempoh moratorium.

Bagi pembiayaan Islam, keuntungan akan terus terakru (yakni diambil kira) pada jumlah pokok yang belum dijelaskan. Namun begitu, keuntungan tersebut tidak akan dikompaun selaras dengan prinsip Syariah.

Walau bagaimanapun, bank-bank tidak dibenarkan mengenakan bayaran penalti lewat atas jumlah tertunda. Dalam erti kata lain, bayaran balik pinjaman hanya tertangguh selama enam bulan.

Nak Apply Medical Card Aia Takaful?

mohon di sini
kelebihan-kad aia
kelebihan-kad aia

10. ADAKAH SAYA AKAN DIKENAKAN REKOD CCRIS SEPANJANG TEMPOH PENANGGUHAN?

Tidak.

11. NO TELEFON UNTUK DI HUBUNGI

Berikut ialah nombor telefon bank yang anda boleh hubungi:

Bagi baki kad kredit yang belum dijelaskan, BNM berkata pelanggan perlu ditawarkan pilihan untuk menukar baki tertunggak kepada pinjaman jangka masa tidak melebihi tiga tahun.

“Bagi peminjam korporat, institusi perbankan sangat digalakkan untuk memudahkan permintaan moratorium,” katanya.

X
Scroll to Top
%d bloggers like this: