5 KESAN BURUK JIKA ANDA TIADA PERANCANGAN PERWARISAN PERNIAGAAN - 2
Jika seseorang usahawan itu tiada Perancangan Perwarisan Perniagaan, waris dan perniagaan mereka tidak akan mampu untuk menghadapi halangan dan masalah yang akan timbul di masa akan datang..
.
Saya kongsikan apakah kesan buruk terhadap syarikat yang anda usahakan jika tiada Perancangan Perwarisan Perniagaan
2. Rakan Kongsi Yang Berpotensi Menipu Waris Anda. Perancangan Perwarisan Perniagaan
Anda perlu fahami waris anda tiada kepakaran dalam meneruskan perniagaan. Rakan kongsi yang masih aktif menjalankan perniagaan ada mempunyai 1001 alasan yang mana mereka juga tidak mahu berniaga dengan waris anda yang tiada kemahiran dalam perniagaan.
Alternatif yang lebih baik adalah membuat syarikat baru dan meninggalkan waris dan di syarikat yang akan tenggelam dengan masalah.Isu utama adalah berapa lama rakan kongsi perlu menanggung waris anda.
Adakah selama-lamanya?
Persoalan utama, adakah anda akan menjaga waris rakan kongsi anda?