...

Rancang Cukai Guna Keymantakaful, Artikel ini pasti menarik minat shareholder atau pemilik perniagaa perniagaan di Malaysia.

Shareholder atau pemilik perniagaan di Malaysia, anda pasti mencari-cari apakah ruang atau pun cara yang boleh di gunakan untuk merancang cukai syarikat.

Saya simpulkan disini ada 4 langkah yang perlu dilakukan.

1) Tahu jenis cukai tanggungan anda. Sama ada individu atau syarikat(sekiranya anda pengarah)

2) Sediakan plan bisnes anda (pendapatan dan perbelanjaan). Rancang Cukai Guna Keymantakaful

3) Simpan ‘reserve’ untuk pembayaran cukai secara berkala dan kosisten

4) Dapatkan khidmat nasihat dari akautan atau ejen cukai untuk optimumkan kadar cukai anda

Rancang Cukai Dengan Keymantakaful merupakan satu cara yang terbaik anda merancang kewangan syarikat.

Macam mana nak Rancang Cukai Guna Keyman Takaful ?

Wahai usahawan, jarang sekali anda merancang cukai syarikat Keyman Takaful.

Tapi siapakah itu KEYMAN kepada syarikat?

Di dalam mana-mana syarikat pasti ada individu yang merupakan penggerak kepada kemajuan syarikat.

Senang citer, kalau KEYMAN ni takde syarikat akan mengalami masalah dari segi jualan dan juga pemasaran. KEYMAN ini juga yang boleh membuat keputusan bagi pihak syarikat dalam apa jua keputusan. Ianya juga boleh jadi orang tahu selok perniagaan dan mungkin rapat kepada supplier dan juga vendor.

Jika KEYMAN ini meninggal, keluarga yang sama-sama meniaga akan mengalami impak dari segi perniagaan dan juga pastikan pendapatan kepada syarikat juga menurun.

Tahukah anda satu ketika dahulu apabila salah seorang dari tokoh korporat meninggal, saham syarikat mereka di papan bursa merudum di sebabkan keyperson mereka meninggal dunia.

Impak yang besar ini menyebab para pelabur menarik pegangan saham mereka di syarikat dan orang awam kuatir jika mereka masih lagi melabur di syarikat ini, mereka akan kerugian besar!

KEYMAN ini boleh jadi pemilik syarikat ataupun pekerja di Top Management syarikat.

Di Malaysia, ada banyak syarikat Takaful di Malaysia yang ada sediakan Keyman Takaful ini. Tapi tidak ramai agent yang tahu menggunakan kelebihan KEYMAN Takaful ini dalam membantu mengurangkan cukai syarikat dan memberikan kelebihan kepada shareholder atau pemilik syarikat.

KEYMAN TAKAFUL ini mempunyai banyak kelebihan. Di sini saya senaraikan dua sahaja.

1. Ianya boleh di gunakan sebagai FUNDING MECHANISM dalam membayar pampasan kepada waris KEYMAN supaya jangan menganggu kepada syarikat.

2. Menyediakan IMMEDIATE cash jika ada KEYMAN meninggal dunia. Apabila KEYMAN ini meninggal, lumpuh kekal atau di landa musibah penyakit kritikal seperti Kanser ataupun sakit jantung, pasti ada impak kepada keuntungan syarikat.

Takaful ada menyediakan satu program yang mana ianya boleh membantu usahawan menyediakan IMMEDIATE CASH apabila KEYPERSON ini meninggal.

Ada Syarikat menggunakan pampasan Takaful ini bagi meneruskan perniagaan mereka atau menggunakan duit ini dan melahirkan lebih ramai KEYMAN baru dalam syarikat.

Duit ini ada di gunakan menghantar staff baru ini ke kelas atau kursus berkaitan bagi memantapkan lagi kemahiran dan ilmu bagi menguruskan syarikat.

      5 Sebab Kenapa Anda Perlu Upah Konsultan Cukai

Baca artikel

Walaubagaimana pun, mengikut Public Ruling Lembaga Hasil dan Negeri ( LHDN, Insurans “Key-man” )

4.1 Pada amnya, premium yang dibayar atas insurans yang diambil kesemuanya dan semata-mata bertujuan untuk mendapatkan semula wang bagi menggantikan kehilangan keuntungan apabila berlakunya sesuatu peristiwa yang diinsuranskan adalah dibenarkan sebagai potongan dari pendapatan kasar perniagaan.

4.2 Kematian, penyakit kritikal, penyakit lain, kemalangan atau kecederaan seseorang pekerja atau pengarah mungkin mengakibatkan kehilangan pendapatan perniagaan bagi majikan atau syarikat.

Insurans boleh diambil atas nyawa pekerja atau pengarah yang adalah orang utama dalam syarikat bagi melindungi risiko kehilangan pendapatan perniagaan. Jenis insurans ini dinamakan insurans “key-man” atau “key-person”.

Adakah premium insuran merupakan perbelanjaan yang dibenarkan oleh percukaian?

Insuran nyawa tanpa pelaburan – Perbelanjaan yang dibenarkan

Berdasarkan Public Ruling yang dikeluarkan oleh pihak LHDN berkenaan keyman insurance (No. 2/2003), insuran nyawa dan kemalangan boleh dijadikan sebagai perbelanjaan syarikat yang dibenarkan dalam percukaian.

Pampasan yang diterima mestilah dibayar terus kepada syarikat dan bukan kepada individu tersebut.

Insuran nyawa dan pelaburan – Tidak dibenarkan

Jika polisi insuran tersebut mempunyai elemen pelaburan, premium yang dibayar tidak boleh dijadikan sebagai perbelanjaan syarikat yang dibenarkan.

Ini kerana polisi tersebut adalah aset kepada syarikat kerana mempunyai nilai pelaburan pada masa akan datang.

PERLINDUNGAN APA YANG SESUAI UNTUK PERNIAGAAN SAYA?

BACA PENUH

Adakah pampasan yang diterima dikenakan cukai?

Insuran nyawa tanpa pelaburan – Dikenakan cukai

Oleh kerana premium tahunan adalah dibenarkan dalam perbelanjaan syarikat, pampasan yang diterima akan dikenakan cukai dan dianggap sebagai pendapatan syarikat.

Contoh : Syarikat telah mengambil satu polisi insuran nyawa tanpa pelaburan dengan premium tahunan RM100,000 dan perlindungan nyawa sebanyak RM5,000,000.

Selepas 2 tahun, orang yang dilindungi syarikat tersebut telah meninggal dan syarikat telah menerima pampasan sebanyak RM5,000,000.

RM300,000 (RM100,000 x 3 tahun) premium yang dibayar dibenarkan dalam perbelanjaan syarikat. Namun, duit pampasan RM5,000,000 akan dikenakan cukai.

Insuran nyawa dan pelaburan – Tidak dikenakan cukai

Oleh kerana premium tahunan adalah tidak dibenarkan dalam perbelanjaan syarikat, pampasan yang diterima akan tidak dikenakan cukai dan dianggap sebagai pendapatan syarikat.

Contoh : Syarikat telah mengambil satu polisi insuran nyawa mempunyai manfaat pelaburan dengan premium tahunan RM80,000 dan perlindungan nyawa sebanyak RM3,500,000.

Selepas 5 tahun, orang yang dilindungi syarikat tersebut telah meninggal dan syarikat telah menerima pampasan sebanyak RM3,500,000 beserta nilai pelaburan.

RM400,000 (RM80,000 x 5 tahun) premium yang dibayar tidak dibenarkan dalam perbelanjaan syarikat. Namun, duit pampasan RM3,500,000 dan nilai pelaburan tidak akan dikenakan cukai.

Walau bagaimana pun, ada beberapa dokumen perlu di buat bagi mendapat pelepasan cukai ini. Tidak ramai yang mahir dalam mendapat pelepasan ini.

.

.

DAFTAR TAKLIMAT PERCUMA

.

Jika anda berminat dengan KEYMAN INSURANCE/Polisi ini, anda boleh isikan info di bawah ini:

This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin
Seraphinite AcceleratorBannerText_Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.