Adakah saham syarikat Sdn Bhd itu pusaka?

Saham syarikat Sdn Bhd itu pusaka yang dimiliki pemegang saham apabila pemegang saham itu meninggal dunia.

.
Oleh itu waris-waris yang sah mengikut Hukum Faraid mempunyai hak ke atas saham syarikat yang ditinggalkan.
.


Namun, perkara ini menyukarkan pemegang saham lain yang masih hidup untuk berurusan dengan waris-waris si mati yang ramai seterusnya syarikat perlu dibubarkan bagi membayar nilai hak waris ke atas saham syarikat.

Saham syarikat Sdn Bhd itu pusaka siapa?

.

Persoalan demi persoalan, mereka masih lagi belum memiliki jawapannya .

a. Siapakah yang akan meneruskan legasi perniagaan mereka?
b. Apakah bentuk perjanjian yang dipegang oleh pemilik-pemilik saham?
c. Apakah kesan syarikat tanpa ada hibah perniagaan?
d. Berapakah kos yang dikenakan terhadap waris mereka untuk mendapatkan probet?

Dalam keghairahan membina syarikat, ramai terlupa kepentingan merancang perwarisan saham dan pengurusan syarikat. Jadi apabila pemilik meninggal dunia, saham perlu dibahagikan mengikut faraid yang menyebabkan terlalu ramai pihak berkepentingan yang kadang kadang menyukarkan pengurusan.

https://www.youtube.com/watch?v=i9IJeJOUgVg

Hal yang sama terjadi kepada pengurusan syarikat. Tiba tiba cheque tidak boleh ditandatangani, pengarah baru tidak dapat dilantik dan resolusi syarikat tidak boleh diadakan. Pelbagai masalah pentadbiran syarikat akan muncul seterusnya syarikat terpaksa gulung tikar…
.
Ramai orang islam sekarang berniaga. Ramai yang dah ada syarikat sdn bhd. Tapi tahukah kita, banyak syarikat sdn bhd hilang begitu sahaja selepas kematian pemegang sahamnya? Kenapa?
.


Jangan biarkan ia terjadi kepada syarikat yang anda bina dan perjuangkan.
.
Rancang succession plan dan perwarisan saham syarikat anda. Di antara kebaikannnya:

.
>> DITETAPKAN DARI AWAL
Pemegang saham boleh menetapkan dari awal siapakah di antara warisnya yang paling layak untuk mewarisi saham yang dimilikinya di dalam syarikat.
.
>> PENERAJU PERNIAGAAN
Pemegang saham boleh menetapkan siapakah yang bakal menerajui perniagaan seperti Pengarah Urusan atau Ketua Pegawai Eksekutif.
.
>> LIMIT OF AUTHORITY
Pemegang saham boleh menentukan limit of authority ( LOA ) perniagaan dan siapa yang bertanggungjawab untuk mengawal pembayaran perniagaan serta parameternya.
.
>> OPERASI SYARIKAT
Pemegang saham boleh menentukan bagaimana perniagaan beroperasi.
.
>> PEWARIS SAHAM
Pemegang saham boleh menetapkan bahawa pewaris sahamnya tetap menyalurkan manfaat dari perniagaan seperti dividen kepada sesiapa yang dikehendaki pemegang saham.


Buat semua ini, syarikat anda akan terus bersinar untuk manfaat keturunan anda.
.
Gagal, mungkin syarikat akan turut terkubur dengan anda.
.
Soal diri sendiri, legasi apa yang mahu aku tinggalkan?

.
Share dengan keluarga dan rakan semoga sama sama mendapat manfaat. 

Sila tinggalkan info anda di bawah jika anda berminat dengan Solusi Perwarisan Perniagaan

This form is currently undergoing maintenance. Please try again later.

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Adakah saham syarikat Sdn Bhd itu pusaka?

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin