Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2023: Kadar & Bayaran Online

Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2023: Kadar & Bayaran Online

Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2023

Zakat fitrah dihukumkan wajib bagi setiap muslim, lelaki atau wanita, merdeka atau hamba, anak kecil atau orang dewasa yang memiliki satu sha’ (ukuran dalam zakat fitrah) makanan baki dari makanan kebiasaannya.

Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2023

Atau makanan kebiasaan orang yang menjadi tanggungannya dari kaum muslimin. Juga turut disunnahkan mengeluarkan zakat fitrah untuk janin dalam kandungan.

Gambar sumber https://www.hmetro.com.my/

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 60 telah membincangkan tentang zakat fitrah. Dalam muzakarah itu memutuskan hukum zakat fitrah adalah wajib sekiranya cukup syarat wajib zakat fitrah bagi orang tertentu iaitu,

Pertama: Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.

Kedua: Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.

Ketiga: Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan berkekalan Islamnya.

Keempat: Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan

Waktu membayar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2023

Harus hukumnya membayar zakat bermula dari awal bulan Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan.

Adapun mazhab Syafie mengikut yang azhar dan imam Hanbali berpendapat, waktu wajib membayar zakat fitrah bermula dengan terbenamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam raya). Ini juga merupakan pendapat sebahagian mazhab Maliki.

Di dunia lagi, apabila seorang lelaki melunaskan zakat yang diwajibkan ke atasnya, dia akan dikurniakan isteri solehah, anak yang taat serta rumah tangga yang tenteram.

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.” . QS. At-Taubah Ayat 103

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat”. Surah An-Nur (ayat 56)

Allah SWT berfirman bermaksud: “Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan mensucikan mereka (daripada akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah at-Taubah, ayat 103)

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) berkata, sebab itu dalam Islam ada istilah jihad iaitu meninggikan kalimah Allah SWT dengan mengutamakan apa saja kehendak Allah SWT melebihi perkara lain.

Menurutnya, amalan berzakat berupaya mengikis sifat terlalu cintakan harta dunia yang mendorong manusia bersifat bakhil dan tidak prihatin dengan kesusahan saudara seagama.

“Dalam satu hadis riwayat al-Baihaqi, Nabi SAW ada menyebut bagaimana orang apabila menunaikan zakat dia membaca doa yang maksudnya, “Ya Allah jadikanlah (zakat) itu keuntungan kepada saya, Ya Allah jangan jadikannya sebagai sesuatu yang merugikan.”

“Doa yang Nabi ajar itu menggambarkan manusia memang berasa terlalu sayang untuk memberikan harta mereka. Namun, melalui doa itu, Nabi didik umatnya supaya berasakan amalan berzakat adalah satu bentuk pelaburan yang akan membawa keuntungan besar kepada mereka kelak,” katanya.

Kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2023

MAIWP telah menetapkan tiga kadar Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2023 pada tahun ini bagi pembayar zakat di kawasan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan iaitu kadar RM7 yang merupakan kadar wajib bayaran zakat fitrah berdasarkan beras tempatan (5% kandungan beras hancur).

Kadar RM14.00 pula adalah bagi golongan yang makan bagi jenis beras seperti Beras Putih Import, Beras Perang, Beras Pulut, Herba Ponni dan Beras Wangi.

Manakala kadar RM21.00 adalah untuk mereka yang makan bagi jenis beras seperti beras merah, beras jepun dan beras basmathi.

Bayaran kadar fitrah pada tahun ini boleh dibayar berdasarkan jenis beras yang dimakan. Walaubagaimanapun bayaran zakat fitrah boleh dibayar mengikut kemampuan masing-masing.

Cara Bayaran Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan bagi tahun 2023

Bagi mereka yang ingin menunaikan zakat fitrah ini terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan iaitu secara online ataupun bayaran melalui amil-amil yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan MAIWP.

Bayaran Secara Atas Talian (Online)

Bagi mereka yang ingin membayar zakat fitrah secara online, terdapat beberapa kaedah bayaran yang boleh dibuat sebagaimana berikut;

  1. Melalui Portal https://fitrah.zakat.com.my/ 
  2. Laman sesawang ejen-ejen Bank (14 buah bank)

Bayaran Melalui Amil dan Kaunter

Selain bayaran melalui online, anda juga boleh membayar melalui amil-amil yang dilantik oleh MAIWP.

Bayaran juga boleh di buat melalui kaunter PPZr MAIWP yang dibuka mengikut jadual yang ditetapkan.

Rujuk waktu pembukaan kaunter PPZ MAIWP bulan Ramadhan;

https://www.zakat.com.my/kaunter-ppz/

Untuk makluman, Kaunter PPZ-MAIWP dibuka setiap hari sepanjang Ramadan termasuk cuti umum bagi memudahkan orang ramai.

Sementara itu, Jabatan Penerangan WP Labuan juga berkongsikan LOKASI AMIL FITRAH DI W.P LABUAN bagi memudahkan orang ramai membuat urusan bayaran fitrah pada tahun ini.

WAKTU MEMBAYAR ZAKAT FITRAH

  • Waktu Wajib: Mazhab Syafie mengikut yang azhar dan Hanbali berpendapat bahawa waktu wajib zakat fitrah bermula dengan tenggelamnya matahari pada hari akhir Ramadan (malam Raya). Ia juga pendapat sebahagian Mazhab Maliki.
  • Waktu Sunat: Mazhab Syafie berpendapat sunat dikeluarkannya sebelum solat hari raya dan makruh mentakhirkannya sehingga selesai solat.
  • Waktu Haram: Al-Hasan bin Ziyad dari ulama Hanafi berpendapat waktu menunaikannya bersifat setempat dan terhad seperti hari korban. Justeru siapa yang menunaikannya selepas hari raya tanpa uzur, ia dianggap sebagai berdosa. Pendapat ini juga adalah pendapat Mazhab Maliki, Syafie, dan Hanbali. Tetapi tetap wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira sedekah. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

DI MANA ZAKAT FITRAH PERLU DIBAYAR

Zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan kepada di mana seseorang itu berada ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah iaitu bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya. Walaupun begitu, melihat kepada realiti semasa, dengan melihat pendapat ihtiyat iaitu mengawalkan sedikit masa pembayaran sama ada sehari atau dua hari mengikut apa yang dilakukan oleh para sahabat.

Justeru jika ketika itu kita masih berada di tempat kerja dan belum pulang ke kampung, lebih elok baginya untuk dibayar di tempat kerjanya kerana ia bersifat yakin dan tahqiq sedangkan kepulangannya ke kampung masih lagi dalam bentuk sangkaan dzan yang mungkin tidak berlaku.

Begitu juga dengan pembayaran awal boleh menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.

Kesimpulan Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2023

Berapa kadar Zakat Fitrah W.P Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi tahun 2023?

– RM7.00 
– RM14.00
– RM21.00

Bayaran kadar fitrah pada tahun ini boleh dibayar berdasarkan jenis beras yang dimakan.

Bagaimana cara pembayaran zakat fitrah di Wilayah Persekutuan?

– Secara atas talian (online) melalui portal https://fitrah.zakat.com.my/
– Melalui amil yang dilantik
– Melalui kaunter PPZ MAIWP

Bilakah waktu untuk membayar zakat fitrah?

Waktu untuk membayar zakat fitrah ialah bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri?

Apakah hukum zakat fitrah?

Zakat fitrah merupakan kewajipan yang perlu ditunaikan oleh setiap individu Muslim jika mempunyai kemampuan.

Lihat juga kadar Zakat Fitrah negeri-negeri lain di Malaysia

www.zakatselangor.com

LembagaZakatSelangor.MAIS

www.zakat.com.my

myzakat

www.zakatpahang.com.my

ZakatPahang

Pusat Zakat Melaka

Pusatzakat.melaka

Pusat Zakat Negeri Sembilan

zakatns

Pusat Urus Zakat Pulau Pinang

pusaturus.zakatpenang

Jabatan Zakat Negeri Kedah

zakatkedah

Pusat Zakat Sabah (MUIS)

pusat zakat sabah (muis)

Majlis Agama Islam Negeri Johor

Tiada

Pusat Urusan Zakat Terengganu

maidampuz

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak Darul Ridzuan

zakatperak

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

Tiada

Tabung Baitulmal Sarawak

tabungbaitulmalsarawak

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis

Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis

Terima kasih kerana membaca artikel Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2023

0

Berminat daftar taklimat Perwarisan Perniagaan? Daftar di bawah ini:


DAFTAR TAKLIMAT PERCUMA

Share:

Facebook
Twitter
Pinterest
LinkedIn
On Key

Related Posts

Zakat Fitrah Wilayah Persekutuan 2023: Kadar & Bayaran Online

Like this article? Sharing is Caring

Share on Facebook
Share on Linkedin